Berselang dua hari, satu lagi kes kanak-kanak maut akibat jatuh bangunan dilapor berlaku yang kali ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari balkoni tingkat lapan sebuah apartmen di Taman Nirwana, Ampang pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 8 pagi ketika Mohd Hadif Hadfi Mohd Nazim, 5, berseorangan di rumahnya di Apartment Ketapang Villa.
Menurut bapanya, Mohd Nazim Moin, anaknya itu dipercayai telah memanjat balkoni dengan berpijak kepada basikalnya selepas membuka pintu gelangsar rumah mereka.
Beliau berkata anak bongsunya itu dijumpai mati tertiarap dengan kecederaan parah di kepala di tingkat bawah oleh penghuni lain yang memaklumkan kepada pembantu rumahnya yang baru balik dari membeli barangan di kedai berdekatan.
Anaknya yang sedang tidur ketika itu ditinggalkan pembantu rumahnya untuk ke kedai, katanya.
"Menjadi kebiasaan, anak saya akan bangun antara pukul 10 dan 11 pagi. Namun hari ini dia dipercayai bangun lebih awal dari biasa. Saya percaya dia memanjat balkoni kerana mahu mencari pengasuhnya," kata Mohd Nazim yang bekerja sebagai seorang jurutera.
Beliau dan isterinya ketika itu telah keluar bertugas.
Mayat Mohd Hadif Hadfi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru petang tadi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata pihaknya sedang menyoal siasat pembantu rumah warga Indonesia berusia 45 tahun itu serta penghuni yang lain.
Rabu lepas seorang kanak-kanak turut maut selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat enam Projek Perumahan Rakyat di Kota Damansara.
Bernama
Fri Jan 30 2015
Menurut bapanya, Mohd Nazim Moin, anaknya itu dipercayai telah memanjat balkoni dengan berpijak kepada basikalnya selepas membuka pintu gelangsar rumah mereka. - Gambar Hiasan
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Lagi kes kanak-kanak maut jatuh bangunan
Berselang dua hari, satu lagi kes kanak-kanak maut akibat jatuh bangunan dilapor berlaku yang kali ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari balkoni tingkat lapan sebuah apartmen.
Imej suspek kedua kes tembak polis di Pandan Indah didedah
Polis hari ini mendedahkan imej suspek kedua dalam kejadian menembak polis di Taman Lembah Maju, Pandan Indah pada Jumaat lalu.