MAPIM mengorak langkah meneroka misi membantu golongan kurang berkemampuan ini menerusi projek mengusahakan ladang ternakan dan tanaman.
Diberi nama Ladang Ummah, MAPIM sedang merancang untuk mengusahakan projek itu di negeri Kedah dan Pahang sebagai permulaan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby, Ladang Ummah untuk fasa pertama, projek tanaman di Kedah akan memberi tumpuan pada tanaman nenas MD2, pisang, timun, tembikai wangi (rock mellon) serta tanaman kontan lain akan diusahakan di tanah seluas 50 ekar.
Sementara Ladang Ummah di Temerloh, Pahang, katanya, di tanah seluas 100 ekar akan diusahakan dengan ternakan lembu.
Beliau berkata, MAPIM merancang untuk menternak lebih 500 ekor lembu.
"Ladang Umah adalah sebuah ladang seluas 100 ekar yang mana kita ambil dan kita lakukan ternakan 300 hinga 500 ekor lembu dan juga tanamam kontan yang lain.
"Hasrat (MAPIM) adalah untuk beri pekerjaan kepada (golongan) asnaf, misi seterusnya adalah bagaimana kita dapat mengubah hidup kehidupan asnaf yang sebelum ini mereka ini kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
"Golongan ini diubah menjadi seorang pembayar zakat dan akhirnya kita doakan ini menjadi sebagai contoh rujukan dan kita akan laksanakan di pelbagai tempat ini adalah hasrat dan kita akan laksanakan secepat mungkin," kata Dr Ahmad Sani.
Beliau ditemui selepas menyampai sumbangan kepada keluarga asnaf, di sini hari ini.
Jelas beliau, kesemua projek ini akan diusahakan dengan memberi pekerjaan serta latihan kepada ketua keluarga asnaf serta fakir miskin yang dipilih khas untuk menjalani program bersepadu pembangunan ‘Misi Ubah Asnaf kepada Pembayar Zakat’.
Projek ini juga bertujuan untuk mengubah nasib keluarga Asnaf serta fakir miskin dalam negara.
ENDS