SHAH ALAM: Melacur isteri untuk merangsang nafsu suami selain sebagai alternatif mendapatkan wang menjadi antara 10 punca berlakunya perceraian di negara ini.
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, isteri terpaksa bertahan dalam tempoh tertentu ekoran tidak mahu dilabelkan sebagai isteri derhaka.
“Walaupun tidak ramai, hanya tiga peratus tetapi kes ini wujud. Mereka sanggup dipergunakan suami kerana berfikiran perlu menjadi seorang isteri yang taat.
“Bagaimanapun, apabila mereka berjumpa saya dan diberi kaunseling, keputusan cerai perlu diambil demi masa depan,” katanya pada Sabtu.
Sinar Harian melaporkan peningkatan trend perceraian bagi pasangan beragama Islam saban tahun dilihat semakin membimbangkan.
Peguam Syarie, Nurul Syafawani Rahim dilaporkan berkata, statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merekodkan sejumlah 45,420 kes perceraian dalam kalangan umat Islam yang telah didaftarkan di seluruh negara pada tahun 2021.
Sementara itu, Suzana berkata, hampir 90 peratus kes masalah rumah tangga disebabkan oleh kesempitan kewangan namun, bukan semua jadi punca utama cerai.
“Biasanya ia akan berkait dengan isu orang ketiga, baru berlakunya perceraian. Dalam banyak kes, selagi tidak ‘kantoi’ suami curang, ramai isteri bertahan walau berbelas atau berpuluh tahun menyara suami yang tidak bekerja.
“Berdasarkan kes-kes yang saya kendalikan, begitu ramai suami lepas tangan tentang bil semasa dan belanja makan pakai keluarga hanya kerana isteri bergaji malah ada yang jadi ‘biawak hidup’, semuanya ditanggung pasangan,” jelasnya.
Menurutnya, antara punca lain yang menyebabkan perceraian adalah mempunyai masalah dengan mertua dan ipar duai, kekangan kewangan, gagal menghargai perkahwinan serta jadikan pasangan sebagai tempat lepaskan amarah.
Suzana turut berkongsi tips rumah tangga yang mana pasangan berhasrat untuk berkahwin perlu faham maksud amanah dan tanggungjawab dalam perkahwinan.
“Akad nikah yang wujud dalam sebuah perkahwinan bukan hanya melibatkan janji antara pasangan tetapi janji manusia dengan ALLAH SWT.
“Laksanakan tanggungjawab dengan sedaya upaya dan sentiasa menjaga solat, maka wujud bahagia dan keredaan ALLAH SWT,” ujarnya.
Mengenai kepentingan kursus praperkahwinan dalam menekankan ilmu perancangan dan pengurusan kewangan, beliau memberitahu, ia merupakan perkara asas yang mana suami perlu membiaya keperluan rumah tangga.
“Kursus yang dibuat itu hanya untuk menegaskan tanggungjawab tersebut. Jakim juga telah melancarkan Kursus Pasca Perkahwinan pada 2016 yang telah ditambah baik daripada dua kepada tiga hari dua malam dengan pelbagai modul,” jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 22 2023
Melacur isteri untuk merangsang nafsu suami selain sebagai alternatif mendapatkan wang menjadi antara 10 punca berlakunya perceraian di negara ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil : Suzana)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Lacur isteri antara 10 punca perceraian
Isteri terpaksa bertahan dalam tempoh tertentu ekoran tidak mahu dilabelkan sebagai isteri derhaka.
Suami lacur isteri kepada empat rakan demi hutang RM15
Seorang suami tergamak melacurkan isterinya kepada empat rakan di Bogor, Indonesia hanya kerana ingin melangsaikan hutangnya yang hanya berjumlah 50,000 rupiah (RM15).