Atas sebab itu, Biro Bantuan Guaman (LAB) melalui projek sosial korporatnya berusaha meningkatkan akses orang ramai kepada keadilan melalui pelbagai aktiviti.
Ia termasuk menyediakan konsultasi undang-undang secara percuma kepada masyarakat, menurut Pengasas Bersama LAB Daniel Baharudin.
Katanya, LAB adalah komitmen firma Tetuan Yusfarizal, Aziz & Zaid (YAZ) untuk memberikan akses konsultasi perundangan kepada orang awam yang memerlukan.
"LAB memahami konsultasi undang-undang, apatah lagi bantuan undang-undang, sering tidak berjaya diperolehi oleh orang awam berikutan kos yang tinggi.
"Misi YAZ dan LAB adalah untuk merapatkan jurang ini serta membolehkan konsultasi undang-undang diakses oleh semua, tanpa mengira status kewangan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Daniel berkata, pasukan profesional di LAB komited untuk menyediakan bantuan undang-undang yang berkualiti, sama ada berkaitan pertikaian sivil atau jenayah.
"Untuk makluman lanjut, orang awam yang berminat boleh mendaftarkan diri dan memilih slot sesi konsultasi undang-undang percuma, melalui kod bar yang disediakan," ujarnya.
![Orang ramai yang berminat boleh mendaftarkan diri dan memilih slot sesi konsultasi undang-undang percuma melalui kod QR disediakan.](https://img.astroawani.com/2023-12/81703991522_freesize.jpg)