KUALA LUMPUR: KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon 1991 Malaysia Terry Goh berkata dengan pengiktirafan itu bermakna 15 restorannya kini disahkan halal oleh JAKIM iaitu 10 cawangan di Selangor, masing-masing dua di Johor dan Pulau Pinang serta satu di Negeri Sembilan.
Cawangan terlibat adalah di 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, Setia City Mall, IPC Shopping Centre, IOI Mall Puchong, Central i-City, Bangi Seksyen 9, Bandar Botanik Klang, Prima Sri Gombak, Cheras Traders Square, Johor Bahru City Square dan The Mall Mid Valley Southkey, AEON Mall Nilai, Arena Curve Pulau Pinang dan Sentral Jaya Pulau Pinang.
Goh berkata memandangkan kepentingan memiliki pensijilan halal, semua restoran mereka telah pun menjalani proses pengauditan oleh JAKIM dan KyoChon 1991 Malaysia akan mengumumkan lebih banyak restoran yang disahkan halal tidak lama lagi.
Goh berkata pensijilan rasmi daripada JAKIM akan memberi jaminan kepada pelanggan mereka bahawa piawaian halal sentiasa menjadi keutamaan dan telah diamalkan dalam penyediaan sajian mereka.
"Pensijilan halal JAKIM merupakan matlamat penting untuk KyoChon 1991 sejak jenama ini dilancarkan di Malaysia pada Disember 2013. Kami amat bertuah kerana francaisor memberi sokongan penuh dan melabur untuk kilang automatik bernilai jutaan dolar bagi penghasilan sos dan perapan KyoChon 1991.
"Ini bermakna pelanggan KyoChon 1991 di Malaysia boleh menikmati rasa dan kualiti bahan yang sama seperti apabila menjamu selera di KyoChon 1991 di Korea kerana semua sos dan perapan berasal dari kilang halal yang sama," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata KyoChon 1991 amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka membolehkan jenama itu berkembang kepada 35 cawangan di seluruh negara.
"Sebagai perintis rangkaian ayam goreng Korea di Malaysia, kami bersyukur kerana rakyat Malaysia telah menjadikan kami sebagai pengendali KyoChon 1991 yang paling berjaya di luar Korea.
"Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa kami sentiasa mematuhi piawaian makanan dan keselamatan tertinggi dan amat gembira kerana telah secara rasmi disahkan halal oleh JAKIM sebagai jenama yang boleh anda percayai," katanya.
Untuk meraikan kejayaan itu, Goh berkata KyoChon 1991 Malaysia menawarkan potongan 15% bagi pengunjung yang menikmati sajian di cawangan, bawa pulang dan pesanan melalui web dari 12 Mei - 13 Jun 2023 (tiada perbelanjaan minimum diperlukan).
Sijil halal itu disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Mohd Fakarudin Mas'od. - BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
![KyoChon 1991 Malaysia disahkan halal oleh JAKIM KyoChon 1991 Malaysia disahkan halal oleh JAKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683879092_KYOCHON.jpg)
KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM. - Gambar kyochon.com.my
Jejambat BSP dibuka secara rasmi pada Ahad
Jejambat Bandar Saujana Putra (BSP) telah dibuka secara rasmi pada Ahad untuk kegunaan orang awam.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
KKM adakan program reformasi sumber manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah dan akan menyelesaikan isu berkenaan menerusi program reformasi sumber manusia di seluruh negara.
![Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720335569_PAPAR.jpg)
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Maal Hijrah: Umat Islam perlu bersama bangunkan negara
Umat Islam perlu bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
AWANI Ringkas: Peringatan Yang di-Pertuan Agong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Harimau belang mati dilanggar kereta diawet Harimau belang mati dilanggar kereta diawet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720244791_harimau.jpg)
Harimau belang mati dilanggar kereta diawet
Karkas haiwan pemangsa seberat 120 kg itu masih berada di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai bagi proses penyimpanan.
![JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720335417_NaimMokhtar.jpg)
JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im
Tindakan penguatkuasaan tegas terhadap kelompok yang menyebar kandungan ajaran sesat amat penting supaya ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya.
![Pelumba berbasikal kemalangan maut ketika 'downhill' Jelajah Austria Pelumba berbasikal kemalangan maut ketika 'downhill' Jelajah Austria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720332482_Pelumbaberbasikal.jpg)
Pelumba berbasikal kemalangan maut ketika 'downhill' Jelajah Austria
Pelumba Norway, Andre Drege, menemui ajal selepas terjatuh dalam kayuhan menuruni bukit dalam Jelajah Austria, awal pagi tadi.
![Pelaburan HRD Corp catat keuntungan lebih 98 peratus - Laporan Pelaburan HRD Corp catat keuntungan lebih 98 peratus - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720333130_HRDcorp.jpg)
Pelaburan HRD Corp catat keuntungan lebih 98 peratus - Laporan
Laporan tersebut juga mengatakan HRD Corp hanya merekodkan kerugian tidak nyata sebanyak RM49 juta atau 1.3 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan.
![Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720333425_MansorPutehMening.jpg)
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, di sini, pada Ahad.
![KyoChon 1991 Malaysia disahkan halal oleh JAKIM KyoChon 1991 Malaysia disahkan halal oleh JAKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683879092_KYOCHON.jpg)
KyoChon 1991 Malaysia disahkan halal oleh JAKIM
KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM.