MELAKA: Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain (KVDSMZ) Alor Gajah ditutup selama dua minggu bermula hari ini sehingga 4 Mei depan susulan 37 pelajarnya disahkan positif COVID-19.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata ia berikutan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah menerima notifikasi kes positif seorang pelajar kolej hasil daripada saringan bergejala yang baru pulang dari Zon Merah pada 16 April lepas.
"Berikutan itu, saringan segera ke atas 196 orang kontak rapat kepada kes positif itu yang melibatkan rakan kolej dan guru telah dijalankan, manakala kesemua pelajar yang positif telah diasingkan dan dirujuk untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua kontak rapat yang disaring telah diberikan arahan kuarantin dan dipakaikan gelang kuarantin, dengan pemantauan berterusan bagi kontak rapat kes-kes positif di blok terlibat akan diteruskan, di samping kerja-kerja disinfeksi premis dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.
Sementara itu Rahmad berkata susulan terdapat pertambahan kes COVID-19 di Melaka hari ini, penilaian seterusnya telah mengenal pasti seramai 430 kontak rapat kepada kes-kes positif yang lain dan ujian saringan COVID-19 akan dijalankan dalam masa terdekat oleh pihak kesihatan.
Orang ramai yang ingin mengajukan sebarang pertanyaan berhubung perkembangan COVID-19 di Melaka boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka dengan menelefon 06-2356999/6851 atau melalui e-mel cprcmelaka@moh.gov.my
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021

Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain (KVDSMZ) Alor Gajah ditutup selama dua minggu bermula hari ini sehingga 4 Mei depan susulan 37 pelajarnya disahkan positif COVID-19. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KVDSMZ ditutup dua minggu, 37 pelajar positif COVID-19
Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain (KVDSMZ) Alor Gajah ditutup selama dua minggu bermula hari ini sehingga 4 Mei depan susulan 37 pelajarnya disahkan positif COVID-19.