Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mengambil tindakan terhadap kutipan khairat tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak Febuari lepas dan penguatkuasaan akan diambil mulai Mei ini.
Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arsad berkata operasi yang bermula 1 Feb lepas dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu Pemakluman, Pemutihan dan Penguatkuasaan.
"Operasi Pemakluman, Pemutihan dan Penguatkuasaan (Op 3P) kini memasuki fasa kedua bulan ini iaitu fasa pemutihan selama dua bulan untuk mereka yang diambil tindakan mengemukakan permohonan memungut dana tersebut daripada MAIS dan proses kelulusan serta pemberitahuan keputusan permohonan," katanya satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah melaksanakan fasa pemakluman sepanjang bulan lepas kepada mereka yang telah mengutip khairat tanpa kebenaran serta memberi peringatan mengenai kesalahan mengikut undang-undang dan mengedar borang permohonan kebenaran MAIS.
Pihaknya juga turut mengedar keratan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 berhubung kesalahan menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina dan keratan Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 Pindaan 2015 berhubung pungutan khairat, katanya.
Ahmad Zaki berkata pemakluman itu dibuat melalui surat yang diberikan kepada masjid, surau, pengusaha restoran, sekolah tahfiz dan rumah kebajikan Islam di seluruh Selangor, selain turut menampal notis tersebut di premis berkenaan untuk tujuan pemberitahuan kepada orang awam.
Beliau berkata mulai 1 Mei pihak penguatkuasaan akan merampas tabung berkenaan dan wang kutipan itu akan diserahkan kepada Baitul Mal.
Selain melaksanakan siasatan lanjut di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 Pindaan 2015 dan mengambil tindakan pendakwaan.
Bernama
Wed Mar 09 2016
![Kutipan khairat tanpa kebenaran MAIS akan diambil tindakan oleh JAIS Kutipan khairat tanpa kebenaran MAIS akan diambil tindakan oleh JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71457521683_AhmadZakiArshad.jpg)
AHMAD ZAKI: Mulai 1 Mei pihak penguatkuasaan akan merampas tabung berkenaan dan wang kutipan itu akan diserahkan kepada Baitul Mal. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714696494_HamidinMohdAminK.jpg)
Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Ini kerana Pan-gon, yang mula mengemudi skuad kebangsaan sejak 2022, sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
![Kutipan khairat tanpa kebenaran MAIS akan diambil tindakan oleh JAIS Kutipan khairat tanpa kebenaran MAIS akan diambil tindakan oleh JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71457521683_AhmadZakiArshad.jpg)
Kutipan khairat tanpa kebenaran MAIS akan diambil tindakan oleh JAIS
Operasi yang bermula 1 Feb lepas dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu Pemakluman, Pemutihan dan Penguatkuasaan.
![Sekolah Agama JAIS turut ditutup dua hari mulai esok Sekolah Agama JAIS turut ditutup dua hari mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41443966596_sekolahpeperiksaan.jpg)
Sekolah Agama JAIS turut ditutup dua hari mulai esok
Keputusan ini selaras dengan kenyataan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan sekolah di seluruh Semenanjung kecuali Kelantan ditutup selama dua hari berikutan jerebu teruk yang melanda.
![Kertas PSRA esok ditangguh, sekolah seliaan JAIS ditutup akibat jerebu Kertas PSRA esok ditangguh, sekolah seliaan JAIS ditutup akibat jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442292632_Schoolchildrenhaze.jpg)
Kertas PSRA esok ditangguh, sekolah seliaan JAIS ditutup akibat jerebu
Kertas peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadual esok (Isnin) ditangguh ke tarikh lain dan semua sekolah di bawah seliaan JAIS ditutup esok.