Penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu dinilai semula untuk memastikan subjek itu dapat menarik minat anak muda.
Malah, dana yang mencukupi perlu disediakan bagi memastikan infrastruktur lengkap di sekolah agar para pelajar mudah memahami subjek tersebut sekali gus mendalami bidang itu melalui kaedah amali.
Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya (UM) Datuk Dr Mohd Jamil Maah berkata langkah ini penting bagi menggalakkan lebih ramai anak muda untuk menceburi bidang tersebut.
"Cara mengajar pun tidak boleh terlalu berorientasikan peperiksaan.
"Kita kena lebihkan proses pembelajaran yang menekankan pengalaman amali (hands-on experience) supaya pelajar menunjukkan minat terhadap STEM," kata beliau.
Tambah beliau, galakan daripada ibu bapa juga diperlukan untuk memastikan minat terhadap bidang STEM dapat disemai dalam kalangan pelajar sejak dari kecil lagi.
Pendapat ini dikongsi Dr Jamil yang menyertai Muzakarah Pakar: Pengukuhan Pendidikan STEM dengan mengambil pendekatan nilai dan budaya kelolaan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Turut hadir, Ketua Pengarah IKIM Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin yang menekankan kepentingan melihat bidang STEM dari perspektif agama dan gaya hidup.
"Sains itu sendiri lahir daripada prinsip Al-Quran dan Sains itu adalah satu bentuk ilmu yang boleh mengukuhkan ilmu fardu Ain dan fardu Kifayah.
"Selain itu, daripada sudut budaya pula secara am, jika kita hidup berdasarkan asas-asas saintifik, kita akan menjadi warganegara yang lebih positif," katanya.
Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sejumlah RM250 juta diperuntukkan bagi meningkatkan penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik bagi meningkatkan perbelanjaan bagi meningkatkan kesedaran terhadap STEM.
Menurut Najib, penubuhan pusat STEM bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini, bagi melatih guru pakar STEM mengguna pakai fasiliti institut pendidikan guru sedia ada, dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.
Beliau turut menekankan peningkatan modul Sains Komputer termasuk program Coding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah, yang kini sudah pun diwujudkan di Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.
Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM190 juta bagi menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-21, bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif.
Hafiz Marzukhi
Wed Nov 01 2017

Galakan daripada ibu bapa juga diperlukan untuk memastikan minat terhadap bidang STEM dapat disemai dalam kalangan pelajar sejak dari kecil lagi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Mohammad Hashim, Azizan terima anugerah khas Hadhari Global Award
Kosugi dalam ucapannya berkata penerima adalah dipilih berdasarkan beberapa syarat antaranya memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan sumbangan besar kepada peningkatan tamadun Islam.

Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat
Kurikulum subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu dinilai semula untuk memastikan ia dapat menarik minat anak muda.

RUU Mahkamah Syariah: Pihak terlibat perlu duduk dan bincang - KP IKIM
Ia bagi memberikan kefahaman dan penjelasan yang lebih baik mengenai isu berkaitan agama yang diutarakan melalui rang undang-undang itu.