PORT DICKSON: Hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Wan Aznan Abdullah berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.
"Faktor cuaca panas juga antara punca alga ini membiak dengan cepat dalam perairan tersebut namun ia tidak menjejaskan hidupan laut lain seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.
"Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak makan kupang dalam tempoh 20 hari, selepas musim perayaan ini kita akan ambil lagi sampel untuk diuji, sebelum membuat pengesahan bahawa kupang di sini selamat untuk dimakan," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Kasim Tawe.
Wan Aznan berkata jabatan akan meneruskan pemantauan dengan pengujian secara berkala mengikut prosedur ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurangan dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan.
Beliau berkata kerjasama dengan anggota penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis marin di perairan di sini bertujuan memastikan tiada tangkapan serta jualan kerang-kerangan di daerah ini.
"Pengusaha kupang berdaftar di sini adalah di Pasir Panjang dengan 40 penternak termasuk tidak berdaftar. Kupang sedia ada dalam perairan itu tidak perlu dilupuskan, ia akan neutralise sendiri, kecuali kupang yang sudah dituai dan dijual di pasar yang perlu dihapuskan," katanya.
Beliau berkata sampel air turut diambil di perairan Melaka dan Johor namun didapati selamat dan tiada kehadiran atau pembiakan alga tersebut.
Pada Selasa, Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang dan kini seorang mangsa keracunan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Port Dickson.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024

Wan Muhammad Aznan (kiri) dan Pengarah DOF Negeri Sembilan, Kasim Tawe menunjukkan lokasi kupang dan air. -Bernama
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Kupang tercemar: DoF Melaka pantau, ambil sampel kedua minggu depan
Jabatan Perikanan Melaka melaksanakan pemantauan secara proaktif dan mengambil langkah pencegahan lebih awal berikutan penemuan alga spesies berbahaya pada sampel air dan kupang di di Sebatu.

Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.

Singapura sekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson
Singapura telah menyekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson, Malaysia, kerana didapati mengandungi biotoksin berbahaya.

Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin - DoF
Sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.

Kupang beracun di PD: Keputusan analisis makmal diketahui esok - DoF
Keputusan analisis makmal sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya terhadap kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka diketahui esok, kata Jabatan Perikanan (DoF).