Universiti Utara Malaysia (UUM) menyokong keputusan kerajaan mengekalkan kuota kemasukan 90 peratus pelajar Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera bagi program matrikulasi universiti awam dengan menambah bilangan kemasukan pelajar kepada 40,000 tempat berbanding 25,000 sebelum ini.
Naib Canselor UUM Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, keputusan jemaah menteri itu amat adil kerana ia selari dengan matlamat asal program matrikulasi semasa ia diperkenalkan.
Objektif asalnya, katanya, ialah untuk membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan pra-universiti yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.
"Perlu diingat bahawa program matrikulasi ini diperkenalkan khusus untuk pelajar Bumiputera ekoran masalah ketidakseimbangan kaum di universiti sehinggalah Jemaah Menteri di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad meluluskan pada Jun 2002 untuk memperuntukkan 10 peratus kuota bagi pelajar bukan Bumiputera mulai sesi kemasukan 2003.
"Oleh itu, keputusan Jemaah Menteri pada 24 April 2019 menambah bilangan kemasukan pelajar adalah konsesi kedua setelah 16 tahun yang diberikan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah pelajar bukan Bumiputera yang berkelayakan tetapi tidak mendapat tempat pengajian selaras dengan misi dan visi Malaysia Baharu yang lebih inklusif kini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, Ahmad Bashawir menyifatkan tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy yang mempertikai kewibawaan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengenai perkara ini, sedangkan keputusan itu turut didokong oleh pemimpin parti, sebagai sangat tidak bijak dan melanggar prinsip.
"Setelah keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri, adalah menjadi tanggungjawab Menteri untuk memberi penjelasan kepada rakyat jelata mengenainya, dan penjelasan Maszlee di Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengaitkan pengekalan kuota itu dengan pemberian peluang pekerjaan kepada Bumiputera adalah satu penjelasan yang wajar dan berfakta.
"Menuduh Maszlee sebagai masih terperangkap dengan pemikiran mengikut garis perkauman semata-mata kerana beliau mempertahankan keputusan Jemaah Menteri adalah satu tindakan yang tidak cermat kerana Maszlee dan Jemaah Menteri membuat keputusan berdasarkan kepentingan semua kaum, mengikut peruntukan undang-undang," tambahnya lagi.
Justeru, kata Ahmad Bashawir, UUM berdiri teguh di belakang Maszlee dalam isu pengekalan kuota kemasukan pelajar bagi program matrikulasi universiti awam ini dan yakin beliau mampu memikul tanggungjawab membuat reformasi yang menyeluruh ke atas sistem pendidikan negara.
Rahimah Abdullah
Sat May 18 2019
Ahmad Bashawir berkata, UUM yakin Maszlee mampu memikul tanggungjawab membuat reformasi yang menyeluruh ke atas sistem pendidikan negara.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia
UUM berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga universiti terbaik di Malaysia dengan memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus sebelum ini.
Ahmad Bashawir dilantik NC UUM baharu berkuat kuasa 26 Ogos - Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikan Ahmad Bashawir sebagai naib canselor kelapan itu berkuatkuasa 26 Ogos ini.