KUALA LUMPUR: Janji berkenaan kuota mandatori jantina, khasnya buat wanita bagi mengisi jawatan-jawatan dalam lembaga korporat seperti di bawah Bajet 2022 satu langkah baik, namun masih terdapat kekurangan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mempersoalkan mengapa ia diletakkan dalam bentuk nombor dan berpendapat nilai dalam bentuk peratusan lebih memberi gambaran yang jelas.
"Banyak bantuan diberikan tetapi kita lihat diskriminasi dalam bentuk korporat, awam, politik dan kepimpinan.
"Kita lihat apa yang diumumkan berkaitan kuota syarikat senaraian awam itu langkah baik tetapi saya musykil kenapa ia diletakkan dalam bentuk nombor?
"Kita mahu peratus, kerana di situ kita dapat lihat dengan lebih jelas. Jika kerajaan ikhlas, seharusnya dikeluarkan nilai dalam bentuk peratus.
"Jadi, supaya lebih mudah dan membantu memperkasakan wanita dari segi peranan mereka dalam kepimpinan tertinggi," katanya ketika muncul dalam Dialog 3 Penjuru di Astro AWANI, pada Khamis.
Tambah Young Syefura, penempatan kuota satu langkah awal yang baik untuk memberi pendedahan tentang kebolehan dan kemampuan wanita memegang jawatan tinggi dalam kepimpinan, malah memberi langkah awal untuk membolehkan wanita dinilai secara merit.
"Dalam politik, DAP contohnya, memang diletakkan 30 peratus wanita dalam kepimpinan tertinggi. Ini permulaan, sebab kalau tak ada langkah awal ini, ia akan jadi sukar untuk dimulakan," ujarnya.
Beliau juga terkilan apabila tiadanya pengagihan saksama bantuan ketua isi rumah wanita dalam bajet tersebut, memandang semakin ramai wanita terpaksa kembali bekerja pasca pandemik.
"Saya mengharapkan ada pengecualian cukai pendapatan kepada wanita yang kembali bekerja, kerana kita tahu ramai wanita terpaksa keluar dari persaraan selepas perintah kawalan pergerakan demi menyara keluarga, dan ini boleh membantu meringankan beban mereka," katanya.
Astro Awani
Fri Nov 05 2021
Young Syefura berkata, penempatan kuota satu langkah awal yang baik untuk memberi pendedahan tentang kebolehan dan kemampuan wanita memegang jawatan tinggi dalam kepimpinan. - Gambar
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Banjir puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di Bentong dekat sini, ditutup.
PRU15: Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak?
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan ramai muka baharu dipertaruhkan parti-parti politik selain yang memilih untuk bertanding atas tiket Bebas.
Perhimpunan: Institusi penguatkuasa rosak akibat pihak atasan - ADUN Ketari
DUN Ketari itu hadir ke IPD Brickfileds bagi memberikan keterangan berhubung penglibatannya terhadap himpunan #TangkapAzamBaki pada Sabtu lalu di sekitar ibu kota.
Kuota mandatori jantina: Kenapa tidak letak dalam bentuk peratus? - Young Syefura
Young Syefura berpendapat nilai dalam bentuk peratusan lebih memberi gambaran yang jelas.
Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara
Teka teki status perkenalan Rara dengan seorang Eksekutif Pengiklanan akhirnya terjawab selepas mereka selamat diijabkabulkan.
Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat
Gambar tular menunjukkan Young Syefura berkelah di tepi pantai berhampiran Sepang bersama empat individu lain kemudiannya dipadam di media sosial.
Podcast Realiti Rakyat: Kehidupan rakyat di Ketari
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi Pandemik Covid-19.
Tujuh calon muda terima Dana Sinar
Tujuh calon anak muda yang bertanding pada PRU14 ini menerima Dana Sinar Anak Muda Dalam Politik yang dilancarkan Sinar Harian 9 April lalu.