Kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia Khamis ini bakal mengeratkan lagi hubungan sedia ada antara kedua-dua negara selain menjadi medan menyelesaikan beberapa isu yang tertangguh sejak sekian lama, kata Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno.
Beliau berkata Malaysia sebagai destinasi pertama lawatan negara Presiden Indonesia, yang mesra disapa dengan nama 'Jokowi', setelah mengambil alih tampuk pemerintahan pada Oktober juga mencerminkan pengekalan tradisi yang diamalkan sejak sekian lama.
"Pemerintahan Jokowi melanjutkan pemerintahan terdahulu yang dipimpin Susilo Bambang Yudhoyono di mana persahabatan dan perhubungan dengan Malaysia yang serumpun ini tetap (dikekalkan).
"Kunjungan bilateral pertama (ke Malaysia) ini juga menunjukkan hubungan kedua-dua negara secara politik, ekonomi, kebudayaan dan emosionalnya sangat dekat.
"Ini tradisi...kunjungan hormat. Presiden baru akan perkenalkan diri, ceritakan apa-apa yang akan dikerjakan lima tahun ke depan. Polisi dalam politik, ekonomi dan budaya...apa yang bisa disesuaikan dengan Malaysia," katanya dalam satu temu bual ekslusif dengan Bernama baru-baru ini.
Pada kunjungan itu, Jokowi bakal disertai wanita pertama republik itu, Iriana, serta Menteri Luar Retno Marsudi dan delegasi lain.
Isu sempadan Malaysia-Indonesia dan pekerja dijangka menjadi antara topik utama yang akan dibincangkan Jokowi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan tiga hari itu.
Pembatasan maritim
Herman berkata dalam isu pembatasan maritim, Indonesia bukanlah berhasrat mahu memperluaskan sempadan lautannya seperti yang dicurigai banyak negara.
"Kita (Indonesia) bilang kita negara maritim tapi tak bermaksud kita ingin invasi atau rebut wilayah orang lain. Kita hanya inginkan rakyat Indonesia tahu bahawa sumber kita yang terbesar adalah di laut.
"Jadi, kita hanya ingin menegakkan kedaulatan laut agar kita bisa mengolah sumber yang banyak untuk memakmurkan Indonesia," jelasnya yang berharap isu persempadanan laut dan darat dengan Malaysia dapat diselesaikan menjelang hujung tahun 2015.
Rundingan pembatasan maritim antara Malaysia dan Indonesia turut melibatkan Selat Melaka, Laut Sulawesi and Laut China Selatan.
Tenaga kerja
Menyentuh isu pekerja, khususnya dalam isu pembantu rumah yang sehingga kini belum menemui penyelesaian, Herman berkata perbincangan kedua-dua pemimpin dijangka berkisar tentang usaha memudahkan urusan penghantaran tenaga kerja ke Malaysia.
Katanya, Indonesia tidak keberatan untuk terus membekalkan tenaga kerja namun harus disertakan dengan jaminan perlindungan yang bagus dalam memastikan kebajikan rakyatnya terpelihara.
Untuk tujuan itu, jelasnya menteri-menteri berkaitan akan berbincang dari segi aspek teknikal demi mengelakkan berlaku lagi masalah di kemudian hari.
"Dari segi jangka panjang, kita hanya ingin kirim tenaga profesional seperti di sektor perkilangan dan perkebunan. Untuk pembantu rumah tangga mungkin sedikit demi sedikit kita akan kurangi kerana sukar untuk kita awasi," kata Herman.
Dalam pada itu, ditanya sama ada berlaku sebarang perubahan dasar dengan peralihan kepimpinan di republik itu, Herman berkata: "Tidak, kerana semua presiden mengikuti undang-undang dasar di negara kita."
Kereta ASEAN
Menyentuh soal pembangunan kereta ASEAN yang pernah disuarakan Najib, duta itu berkata Indonesia berpandangan positif dan tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dalam bidang itu.
"Presiden Jokowi nanti akan kunjungi Proton. Siapa tahu kalau kita bekerjasama kita mungkin berjaya hasilkan mobil Asean dari induknya Proton," jelasnya.
Sementara itu, Herman yang menjadi Duta Besar Indonesia di negara ini sejak 2012 mengharapkan kunjungan Jokowi dapat membawa hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih baik.
"Saya betul-betul mengharapkan kunjungan ini berjalan lancar, aman dan membawa kenangan indah bagi kedua-dua rakyat Indonesia dan Malaysia," katanya.
Bernama
Sun Feb 01 2015
Jokowi yang memilih Malaysia sebagai negara pertama lawatan rasmi antarabangsanya mencerminkan pengekalan tradisi sejak sekian lama. - Gambar fail
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 2) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Emeritus Johan Saravanamuttu, Adjunct Professor at Universiti Malaya’s Asia Europe Institute.
Kes bunuh pelajar vokasional: Rakan lihat kesan calar, lebam pada badan mangsa
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melihat kesan calar dan lebam pada belakang badan rakannya yang ditemukan mati pada 22 Mac lepas.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
AWANI Ringkas: Tanah runtuh | Bencana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir terburuk | Bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US
Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US pada Khamis disebabkan aktiviti dagangan yang lengang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara
Pendekatan ini penting kerana isu geopolitik tidak boleh diuruskan secara terburu-buru atau emosional.
Rusia-ASEAN: Hubungan dua hala diperkukuh, Malaysia sasar transformasi digital lebih mapan - TEEAM
Malaysia terus memperkukuh hubungan dua hala dengan negara-negara luar dalam usaha mencapai matlamat transformasi digital negara, selaras dengan pelancaran dasar penting.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.