Susulan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama di Selangor, penganut Kristian Sarawak pula menuntut kerajaan negeri itu agar melarang pegawal penguatkuasa agama Islam Selangor dari memasuki negeri tersebut.
Naib Pengerusi PKR Sarawak See Che How, pada Selasa mengumumkan tuntutan itu selepas membuat laporan polis ke atas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Kuching, lapor Malaysian Insider.
Laporan polis itu dibuat See dengan ditemani beberapa pemimpin kumpulan Kristian ekoran tindakan Jais dan Mais enggan menyerahkan Bible yang dirampas Jais daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada 2 Januari.
Kumpulan terbabit turut mendesak kerajaan negeri Sarawak untuk melarang kemasukan individu yang dilabelkan sebagai ekstremis agama walaupun daripada negeri berlainan.
Kumpulan Kristian terbabit mahu pegawai rasmi Jais dan Mais terutama Pengerusi Mais, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa disenarai hitamkan dari memasuki bumi kenyalang itu.
“Mereka adalah ekstremis agama dan harus dilarang memasuki negeri ini dan mereka layak diharamkan” kata See kepada Malaysian Insider.
See turut merujuk polisi yang ditetapkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang melarang ekstremis agama memasuki Sarawak.
Turut hadir adalah Pengerusi PKR Cabang Mas Gading, Boniface Willey Tumek dan setiausahanya Francis Teron yang mempersoalkan tindakan Mais.
"Adakah Mais mempunyai kuasa melebihi kerajaan negeri Selangor dan Pejabat Peguam Negara yang mana menentukan pendakwaan jenayah dilakukan?" tanya mereka.
Kemarahan penganut kristian di negeri itu semakin memuncak apabila dua jabatan agama negeri Selangor itu enggan memulangkan Bible versi bahasa Melayu dan Iban meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Pejabat Peguam Negara.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, PBM bebas daripada sebarang salah laku.
Namun Mais bertegas dan mendakwa ada kesalahan yang dilakukan pertubuhan tersebut mengikut enakmen negeri Selangor.
Mais juga kini sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk memusnahkan kesemua 321 Bible yang dirampas.
Bible itu dikatakan diperuntukkan untuk kegunaan Sabah dan Sarawak mengikut terma Perjanjian 10 Perkara yang membenarkan Bible berbahasa Melayu diimport.
Azyyati Ahmad
Tue Jun 17 2014

See Che How mengumumkan tuntutan itu selepas membuat laporan polis ke atas Jais dan Mais

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-

Kumpulan Kristian mahu pegawai Mais dan Jais dilarang masuk Sarawak
Mereka menuntut Sarawak melarang kemasukan individu yang dilabelkan sebagai ekstremis agama walaupun daripada negeri berlainan.