KUALA LUMPUR : Kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari negara itu pada Sabtu selepas terkandas di Ukraine dijadual berlepas dari Warsaw ke tanah air pada Isnin dengan penerbangan komersil.
Kementerian Luar Negeri memaklumkan, selain dua pegawai kedutaan, mereka terdiri daripada tujuh rakyat Malaysia serta dua warga asing tanggungan kepada dua warganegara Malaysia dan seorang warga Singapura.
"Misi itu berjaya dilaksanakan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev melalui dua pegawai kedutaan, iaitu Kuasa Usaha Sementara, Fadhilah Daud dan Setiausaha Kedua, Aminuddin Osman.
"Kumpulan itu meninggalkan Kiev melalui jalan darat pada petang 25 Februari dan ketibaan mereka di sempadan Poland pada 26 Februari dibantu dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw," kata Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini, 13 warganegara Malaysia telah meninggalkan Ukraine dalam tempoh 14 hingga 24 Februari atas nasihat Kedutaan Besar Malaysia di Kiev susulan kenyataan media Kementerian Luar Negeri pada 14 Februari 2022.
Kerajaan Malaysia sebelum ini telah melaksanakan misi-misi evakuasi warganegara Malaysia dari negara-negara asing, sama ada negara yang berdepan konflik atau bencana alam.
Misi evakuasi atau repatriasi juga telah dilaksanakan bagi membawa pulang atau memudahcara kepulangan rakyat Malaysia dari 99 buah negara semasa pandemik COVID-19.
Misi-misi seumpana itu dilaksanakan oleh perwakilan-perwakilan diplomatik Malaysia dengan penyelarasan dan kerjasama Kementerian Luar Negeri serta kementerian/agensi berkaitan di Malaysia.
"Kementerian Luar Negeri mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi evakuasi dari Ukraine, terutamanya Fadhilah Daud dan Aminuddin Osman di Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, serta pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw.
Kementerian seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan misi tersebut. Ini jelas menggambarkan semangat solidariti serta keperihatinan Keluarga Malaysia," tambah kenyataan itu.
Astro Awani
Sun Feb 27 2022
![Kumpulan akhir terkandas di Ukraine berlepas ke tanah air pada Isnin Kumpulan akhir terkandas di Ukraine berlepas ke tanah air pada Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/41557984180_Malaysia.jpg)
Kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari negara itu pada Sabtu selepas terkandas di Ukraine dijadual berlepas dari Warsaw ke tanah air pada Isnin dengan penerbangan komersil.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685686863_BrazilianPresident.jpg)
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
![Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676444385_TheUnitedNationsS.jpg)
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
![Ukraine tinggalkan proses rundingan tamatkan konflik - Putin Ukraine tinggalkan proses rundingan tamatkan konflik - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662534550_VladimirPutin.jpg)
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
![Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662885858_pelajarmalaysia.jpg)
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632913163_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
![Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640180452_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.