Kuih tradisional masyarakat India, muruku, bukan sahaja menjadi kudapan kegemaran kaum itu malah turut digemari masyarakat Melayu dan Cina.
Bagi kaum India, sambutan Deepavali tidak meriah dan bermakna tanpa hidangan kuih tradisional itu dan kebiasaannya ia akan dihasilkan sendiri bagi memastikan kesedapannya untuk dinikmati oleh tetamu.
Seorang suri rumah, R. Sinnamah, 70, berkata setiap tahun apabila menjelangnya Deepavali beliau bersama anggota keluarga akan mula membuat muruku yang menjadi kesukaan anak-anaknya.
"Muruku ni mesti ada di setiap rumah dan orang suka makan muruku sebab kerangupannya. Saya memang akan buat sendiri sebab boleh letak bahan lebih mengikut citarasa kami sekeluarga.
"Selain anak-anak, tetamu yang datang beraya pun tak kiralah Melayu, Cina atau India mereka akan cari muruku saya terlebih dahulu, tak nampak dah kuih lain.
"Selalunya sebulan atau dua minggu sebelum Deepavali kami dah mula buat. Selalu saya buat muruku bersama anak-anak dan kadang-kadang jiran-jiran pun ada datang tolong buat muruku sekali," katanya.
Menggunakan bahan seperti tepung beras, tepung kacang hitam, biji lemuju, biji lenga, jintan manis, mentega dan sedikit garam, beliau berkata muruku sangat mudah dihasilkan kerana bahan-bahannya yang mudah diperoleh.
Sinnamah berkata selain menjadi hidangan pada hari Deepavali, beliau turut membuat kuih muruku itu untuk diberikan kepada orang ramai menerusi pertubuhan bukan kerajaan yang dianggotainya.
Katanya sejak 10 tahun yang lalu, pertubuhan itu membuat kebajikan dengan mengedarkan makanan kepada golongan yang memerlukan dan pada tahun ini pihaknya mengedarkan kudapan seperti muruku dan kerepek kepada dua buah penjara di George Town dan Jawi Seberang Perai Selatan.
Beliau berkata muruku bukan hanya menjadi makanan kegemaran malah mampu memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim antara kaum apabila ia dapat dihasilkan dan dimakan bersama.
"Perayaan Deepavali ini semua menyambutnya bukan sahaja masyarakat India. Hari Deepavali semua datang beraya ke rumah menikmati pelbagai juadah yang juga menjadi kesukaan masyarakat berbilang kaum," kata ibu kepada dua anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018
Sinnamah (kanan) dan seorang saudaranya membuat muruku ketika mengadakan persiapan untuk menyambut perayaan Deepavali di kediamannya di Jalan Air Itam di George Town baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.
Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.
Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.
Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.
Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal yang unggul - Khairy
Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal.