Kuasa persatuan pengguna di negara ini diibarat masih belum cukup kuat selain diibarat seekor 'harimau yang tidak mempunyai gigi'.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, walaupun persatuan pengguna boleh membuat boikot kepada peniaga yang degil untuk menurunkan harga barangan namun kuasa mutlak terletak di bahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sendiri.
"Ia tanggungjawab bersama di mana persatuan pengguna boleh membuat boikot atau tindakan seumpamanya di kawasan masing-masing.
"Bagaimanapun kuasa terletak di tangan KPDNKK. Bagaimana mereka boleh 'tolak' tanggungjawab boikot kepada kita?
"Kita seumpama harimau yang tidak ada gigi, kita boleh berbincang dengan kerajaan untuk memastikan kebajikan pengguna terbela," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr. Jacob mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek yang melihat tugas memboikot peniaga yang berdegil untuk menurunkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga minyak pada Ahad lepas terletak sepenuhnya di tangan persatuan pengguna.
Bagaimanapun kata Hasan, kementeriannya sentiasa memantau 'gelagat' peniaga yang masih degil untuk menurunkan harga selain perlu mengakui tindakan akan dibuat selepas beberapa prosedur penyiasatan selesai.
Dalam pada itu ujar Dr. Jacob, kerajaan mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam mana-mana peniaga yang didapati ingkar dengan arahan kerajaan untuk menurunkan harga.
"Kerajaan ada kuasa, mereka boleh menyenarai hitam dan menjalankan tanggungjawab berkenaan isu ini. Jangan tolak sepenuhnya tanggunjawab boikot ini ke persatuan pengguna.
Mengulas isu sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan menjelaskan, pihaknya akan memberi kerjasama dengan KPDNKK dalam isu berkenaan.
"Sebelum ini kita pernah menyenarai barangan untuk diboikot dan usaha itu berjaya, dalam hal ini kita boleh memberi kerjasama dan pengguna tidak boleh menyerahkan semua tanggungjawab kepada kementerian.
"Kita faham tugas kementerian dan menteri berkenaan juga pasti serba salah kerana perlu menjaga semua pihak yang terlibat," jelasnya.
Bagaimanapun Nadzim melihat kuasa pengguna di dalam tindakan boikot masih relevan walaupun mengakui situasi peniaga menurunkan harga mereka dilihat sesuatu yang amat sukar.
Astro Awani
Mon Feb 02 2015
![Kuasa persatuan pengguna macam 'harimau tidak ada gigi' - CASSA Kuasa persatuan pengguna macam 'harimau tidak ada gigi' - CASSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71422854780_295x200.jpg)
CASSA: Kuasa persatuan pengguna macam harimau tidak ada gigi - Gambar fail
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Wahai peniaga Cina, tolong jangan sabotaj kerajaan - Ismail Sabri Wahai peniaga Cina, tolong jangan sabotaj kerajaan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/81374462140_295x200.jpg)
Wahai peniaga Cina, tolong jangan sabotaj kerajaan - Ismail Sabri
Peniaga Cina diminta memberikan sepenuhnya kerjasama untuk menurunkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga minyak Sabtu lepas.
![CASSA: Cara umum kenaikan harga minyak tidak memuaskan CASSA: Cara umum kenaikan harga minyak tidak memuaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/81378122876_295x200.jpg)
CASSA: Cara umum kenaikan harga minyak tidak memuaskan
Cara kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel perlu ditambah-baikkan, menurut Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Selangor, Datuk Jacob George.