Pemberian kuasa kepada menteri untuk melantik Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kini dalam proses pindaan bagi maksud pembatalan.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan peranan pertubuhan peladang di bawah Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 (Pindaan) 2019 yang diwartakan pada 22 April dan berkuatkuasa pada 1 Mei 2019 lepas.
"Saya berpendapat bahawa kuasa memilih kepimpinan hendaklah dikembalikan kepada ahli peladang sendiri.
"Pindaan ini akan dikuatkuasakan pada tahun pemilihan yang akan datang iaitu pada tahun 2021 yang mana mengembalikan kuasa memilih kepimpinan peladang diserahkan kembali kepada ahli peladang sendiri seperti mana peraturan yang terdahulu," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di sini, pada Khamis.
Turut diadakan penyerahan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) LPP 2020.
Dalam pada itu jelas Ronald, peningkatan pengeluaran makanan dalam negara mampu membantu mengurangkan imbangan dagangan negara.
Katanya, pendekatan ke hadapan dalam meningkatkan pengeluaran makanan adalah melalui penggunaan teknologi dan mekanisasi pertanian.
"Saya juga berharap lebih banyak kejayaan para peladang, penternak dan nelayan dicapai agar ianya mampu menarik minat golongan muda untuk turut sama menceburi bidang ini.
"Penglibatan golongan muda juga perlu dipertingkatkan agar sektor pertanian ini akan lebih ke hadapan dan mampu melangkah dengan lebih jauh," katanya lagi.
Ujarnya, ia mampu melipatgandakan pengeluaran dengan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan setiap projek pertanian.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 06 2020
Jelas Ronald, peningkatan pengeluaran makanan dalam negara boleh mengurangkan imbangan dagangan negara. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jasad Presiden Ebrahim Raisi dan mangsa lain dibawa ke Tabriz
Operasi mencari dan menyelamat berskala besar berakhir apabila jenazah dihantar ke sebuah lokasi di wilayah Azerbaijan Timur.
[KRONOLOGI] Ebrahim Raisi Maut Helikopter Terhempas
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Ebrahim Raisi maut helikopter terhempas.
Presiden baharu Taiwan gesa China hentikan intimidasi
Lai Ching-Te selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Taiwan pada Isnin dan berikrar mengekalkan dasar luar terhadap China.
Innovathon kembali untuk musim kedua
Innovathon kembali untuk musim kedua.
Sebuah rancangan realiti TV inovasi anjuran Kementerian Ekonomi Dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro.
Untuk sertai hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreatif dan inovatif anda ke alamat emel: innovathon@astro.com.my
Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024.
Sebuah rancangan realiti TV inovasi anjuran Kementerian Ekonomi Dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro.
Untuk sertai hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreatif dan inovatif anda ke alamat emel: innovathon@astro.com.my
Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024.
Polis tahan keldai dadah warga Peru, seludup kokain dalam perut
Polis menahan seorang lelaki warga Peru dan merampas 95 kapsul berisi kokain yang disembunyikan di dalam perutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 17 Mei lepas.
Terapi naratif bantu jemaah tangani stres
Menitikberatkan soal kesihatan mental jemaah, naratif terapi yang menghasilkan Ranting Hati menjadi antara inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) di mana ia menjadi platform kepada jemaah haji Malaysia meluahkan sebarang perasaan menangani cabaran sebagai tetamu Allah di tanah suci.
[TERKINI] Gangguan bekalan air di tujuh daerah di Selangor pada 5 Jun
Gangguan bekalan air di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Ugut Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua saksi
Polis merakam dua keterangan saksi bagi membantu siasatan berhubung surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Teresa Kok.
Dua lelaki ceroboh Istana Negara mengaku bersalah
Dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba menceroboh Istana Negara dan mendakea mahu berjumpa Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.
JKR terima arahan daripada MOF melalui surat cadangan bagi setiap projek Jana Wibawa
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR), telah menerima arahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) melalui surat cadangan pelantikan kontraktor, bagi setiap projek pembinaan di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa.
Sabah mahu politik pembangunan - Hajiji
Beliau berpandangan adalah penting untuk kerajaan Sabah sehaluan dengan kerajaan Persekutuan supaya lebih banyak bantuan dan peruntukan pembangunan dapat disalurkan kepada negeri.
Kuasa menteri lantik lembaga pengarah agensi MAFI dalam proses pembatalan - Ronald
Pemberian kuasa kepada menteri untuk melantik AJP NAFAS, PPN dan PPK kini dalam proses pindaan bagi maksud pembatalan.
Peniaga disaran ambil langkah inovatif, lancar penyaluran makanan - Dr Ronald
Peniaga disaran mengambil langkah inovatif dengan meneroka perniagaan digital bagi memastikan penyaluran bekalan makanan di Malaysia lebih lancar sepanjang tempoh PKP.