Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain meluahkan rasa kesal terhadap kualiti projek perumahan nelayan Tanjung Dawai walaupun pembinaannya sudah 80 peratus siap.
Tajul Urus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), berkata ini kerana terdapat keretakan yang berlaku pada rumah tersebut selain keadaan longkang yang teruk.
"Projek ini sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun namun sudah dua kali tempoh lanjutan diberikan, iaitu berjumlah 369 hari, dan pada pandangan saya, dalam tempoh berbaki tiga bulan projek ini tidak mampu siap," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mohd Sallehhuddin Hassan, di tapak projek perumahan nelayan Tanjung Dawai di sini, hari ini.
Projek berkenaan membabitkan pembinaan 300 unit rumah semi-D termasuk sebuah dewan serbaguna, tadika, surau dan rumah kedai, di atas tanah berkeluasan 10 hektar.
Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Tanjung Dawai pada 31 Oktober 2012, sebagai penyelesaian terhadap masalah penempatan nelayan di kawasan terbabit.
"Daripada lawatan hari ini, saya amat kecewa dengan kualiti rumah yang dibina dan masalah paling utama ialah tapak asas yang mana ia sebelum ini adalah hutan bakau, usaha menimbus tanah tanpa memikirkan aspek keselamatan lain hanya akan mengundang masalah lain kelak.
"Dari segi praktiknya, tanah tidak akan sama, akan ada yang rendah dan tinggi dan kesudahannya rumah akan pecah sedangkan nelayan yang tinggal di sini berharap untuk duduk sampai bila-bila di rumah ini," katanya.
Beliau berharap agar kontraktor terlibat memberi perhatian serius terhadap perkara itu serta beberapa isu lain yang timbul berkenaan projek itu.
Bernama
Sun Jun 12 2016
Tajul Urus (dua dari kanan) mengadakan lawatan kerja di tapak projek perumahan nelayan Tanjung Dawai, hari ini. - Foto Bernama
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Kualiti projek perumahan nelayan Tanjung Dawai mengecewakan - ADUN
Projek itu sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun namun sudah dua kali tempoh lanjutan diberikan, iaitu berjumlah 369 hari, kata ADUn Tanjung Dawai.