KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini (10 September).

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Labuan pula akan dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini sama seperti di Pulau Langkawi, Kedah, lapor portal Wilayahku.

Shahidan turut mengingatkan masyarakat khususnya warga kota untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Kadar vaksinasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya juga sudah hampir mencapai 100 peratus walaupun jumlah kes penularan pandemik COVID-19 masih tinggi.

BACA: PPN: Melaka beralih ke Fasa 2, Negeri Sembilan ke Fasa 3

BACA: 
Fasa 2 PPN: Tanjung Kepah kembali dipenuhi peminat kerang, siput

Sebelum ini, Melaka diumum beralih kepada Fasa 2 manakala Negeri Sembilan kepada Fasa 3 di bawah PPN.