Antaranya, Kuala Lumpur dikatakan pada awalnya dipanggil Pengkalen Lumpur. Sementara Bangsar pada awalnya dikenali dengan nama Bungsar Road.
Bungsar Road merupakan gabungan nama dua peniaga, Edward Bunge dan Alfred Grisar. Kedua-dua mereka dipercayai telah membuka estet yang dinamakan Bunge-Grisar Rubber Estate.
Ia kemudiannya dikenali dengan nama Bung-Sar Estate. Jalan menuju ke estet ini dinamakan Bung-Sar Road. Pada 1952, nama Bungsar ditukar menjadi Bangsar.
