Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) akan menganjurkan dialog pakar berkaitan pemantauan masa nyata data penerbangan dari 26 hingga 27 Mei di sini.
ITU dalam siaran akhbar yang disiarkan menerusi laman sesawangnya, www.itu.int berkata dialog itu diadakan berikutan gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semasa Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia di Dubai bulan lepas.
Pada persidangan itu, Ahmad Shabery menggesa ITU membangunkan sistem tercanggih untuk mempermudahkan penghantaran data penerbangan dalam masa nyata terutama dalam kes seperti insiden kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS).
Menurut siaran akhbar itu, faktor yang mendorong acara itu dianjurkan adalah penyiasatan yang rumit terhadap kehilangan Penerbangan MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8 Mac.
"Kesukaran yang dihadapi dalam operasi mencari MH370 telah menunjukkan tentang perlunya untuk menambah baik kaedah identifikasi dan pengesanan pesawat komersial semasa dalam penerbangan," menurut siaran akhbar itu.
Siaran akhbar itu juga memetik Ahmad Shabery sebagai berkata Malaysia ingin memberi sumbangan kepada usaha antarabangsa untuk mencari jalan bagi mengesan pesawat komersial dalam masa nyata.
"Kami yakin bahawa ia akhirnya akan menghasilkan keputusan positif. Kami masih meneruskan usaha menjejaki MH370 lebih tujuh minggu selepas kehilangan pesawat.
"Ini mungkin tidak membantu kami untuk mencari pesawat atau kotak hitam. Tetapi kami berharap dengan langkah ini, tiada lagi negara, rakyat atau keluarga akan melalui apa yang kami tanggung," kata Ahmad Shabery.
Setiausaha Agung ITU, Hamadoun I Toure berkata ketika operasi pelbagai negara untuk mencari pesawat diteruskan, langkah segera perlu diambil di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan keberkesanan pemantauan pesawat.
"Ingatan dan doa kami sentiasa bersama anggota keluarga penumpang yang bersedih ekoran kehilangan penerbangan MH370. Acara ini (dialog) akan berfungsi bagi mempercepatkan usaha sekarang untuk mencapai kesepakatan berhubung pelaksanaan sistem pemantauan masa nyata bagi industri penerbangan," kata Toure.
Penerbangan MH370 membawa 239 orang berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Operasi mencari yang disertai pelbagai negara dikerah untuk menjejaki pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi, apabila disahkan MH370 telah melencong daripada laluan asal penerbangan.
Siaran akhbar itu menyebut ICT memainkan peranan penting untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan operasi berpuluh-puluh ribu penerbangan setiap hari.
"Sistem teknologi moden boleh membantu dalam pemantauan lokasi pesawat dan dengan itu menambah baik keberkesanan operasi penyelamat yang dilancarkan oleh pihak berkuasa dalam situasi kecemasan," jelas siaran akhbar itu.
Mesyuarat pertama pakar dijangka merangka jadual yang akan menggariskan hala tuju dalam konteks penyelarasan dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mencari jalan keluar dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi pemantauan masa nyata data penerbangan.
Siaran akhbar itu menyebut perbincangan yang sedang dijalankan di pelbagai peringkat dan platform, sedang mengkaji kemungkinan menyeragamkan data penerbangan dari pesawat ke daratan dalam masa nyata.
Perkara yang disentuh semasa perbincangan termasuk liputan geografi sistem pemantauan yang dicadangkan, jenis data yang hendak dihantar ke stesen bumi dan kadar transmisi yang perlu, keselamatan data, pemilikan data penerbangan, dan kos dan perubahan pada model yang diperlukan bagi melaksanakan sistem seperti itu secara global.
Mesyuarat itu bersifat undangan dan pihak yang diundang termasuk wakil dari syarikat penerbangan, pertubuhan antarabangsa, syarikat satelit dan avionik serta kerajaan.
Bernama
Thu May 01 2014
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. --Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kuala Lumpur anjur dialog pakar berkaitan pemantauan masa nyata data penerbangan
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) akan menganjurkan dialog pakar berkaitan pemantauan masa nyata data penerbangan.