KUALA LUMPUR: Penggemar aktiviti berbasikal kini boleh meneroka pengalaman berbasikal tanpa mengira lokasi termasuk di luar bandar menerusi tren sewa khas Ekspres Koc Basikal (XKB).
Perkhidmatan diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu, membolehkan penggemar sukan berkenaan membawa basikal mereka ke dalam koc khas disediakan, menuju destinasi pilihan untuk memulakan kayuhan.
Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin berkata perkhidmatan itu bertujuan memberi pengalaman baharu dan unik kepada peminat tegar aktiviti tersebut, selain memenuhi permintaan penumpang yang ingin mengimbau kembali perjalanan menggunakan perkhidmatan lokomotif diesel berbanding perkhidmatan keretapi elektrik.
"Apabila menaiki kereta api, mereka boleh meneroka lokasi berbasikal yang menarik di sepanjang laluan tren KTMB di seluruh negara termasuk Thailand, melalui kerjasama dengan 'State Railway of Thailand'.
"Secara tidak langsung, ia akan membuatkan mereka lebih selamat, selain tidak begitu memenatkan kerana tidak perlu memandu jika ke lokasi yang lebih jauh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan itu di sini, baru-baru ini.
Pada pelancaran tersebut, kira-kira 150 peserta dibawa menaiki tren XKB dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Tanjung Malim, sebelum memulakan kayuhan yang mengambil masa hampir empat jam sejauh 49 kilometer, dari Stesen Tanjung Malim ke laluan Sungai Bil-Behrang Ulu-Sungai Dara-Sungai Bil sebelum kembali semula ke Stesen Tanjung Malim.
Tambah Mohd Rani Hisham koc basikal yang diperkenalkan itu, asalnya adalah koc tempat duduk penumpang yang diubah suai yang memuatkan 60 basikal dalam satu-satu masa.
"Buat masa ini, terdapat tiga koc basikal tersedia untuk digunakan dan basikal yang dibawa akan diletakkan pada peralatan khusus, bagi memastikan ia berada dalam keadaan stabil semasa tren bergerak.
"Kita turut sediakan koc ADNS (Air-conditioned Day/Night Second) atau koc tempat duduk yang boleh memuatkan 60 penumpang dalam pakej XKB ini," katanya sambil memberitahu, perkhidmatan XKB juga dibuat sebagai tanda sokongan kepada kempen Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Katanya harga sewaan bergantung kepada jenis koc dan jarak perjalanan yang dipilih, berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan yang ditawarkan pada harga berpatutan.
"Kita juga menyediakan sewaan koc khas yang mempunyai fasiliti berbeza seperti koc santai, koc persidangan, koc salun khas, koc katil dan koc bufet, yang boleh bersekali dengan koc basikal mengikut permintaan pelanggan," katanya yang bersedia berkolaborasi dengan pengurusan acara atau penganjur bagi merealisasikan hasrat itu.
Bagi penggemar aktiviti berbasikal Dr Razul Ikmal Ramli, 40-an berkata perkhidmatan XKB, merupakan usaha yang baik dalam menggalakkan lebih ramai orang menceburi sukan berbasikal, memandangkan ia memudahkan pergerakan selain menjimatkan masa dan tenaga.
"Setiap kemudahan yang disediakan sangat tersusun malah KTMB juga menyediakan laluan khas untuk sorong basikal, sekali gus membolehkan penggemar menikmati keindahan lokasi sekali gus mempromosikan aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan.
"Lagipun berbasikal adalah aktiviti riadah yang mempromosikan 'green mobility' dalam usaha mengekalkan kehijauan alam sekitar," katanya yang juga Setiausaha Persatuan Mata Hati.
Pegawai bank Mohd Saleh Zakaria, 50, pula berkongsi rancangan untuk menggunakan perkhidmatan itu bersama kelab basikalnya, Santai Riders Cycling Club untuk ke Pantai Timur pada hujung tahun ini.
"Kami pernah melakukan aktiviti berkayuh dari Perlis ke Hatyai, Thailand dengan menyewa perkhidmatan bas kira-kira dua tahun lepas. Mungkin selepas ini, kami akan cuba untuk menaiki kereta api.
"Saya pasti jika kami memandu kereta, ia agak memenatkan dan kami akan kehabisan tenaga untuk berkayuh nanti," katanya.
Pencipta kandungan Youtube Mohammad Jazlan Nangar, 34, menyifatkan perkhidmatan itu sebagai peluang keemasan buat penggemar basikal lipat, yang kini menjadi trend anak muda bagi menjalankan kayuhan secara berkumpulan.
"Kehadiran koc basikal ini memberi lebih pilihan kepada kami, lebih-lebih lagi apabila membuat aktiviti kayuhan di luar Lembah Klang," katanya yang telah berkecimpung dalam sukan berbasikal sejak 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022
Peserta XKB 'Familiarization trip' menyusun basikal mereka di dalam koc tren selepas tamat melakukan aktiviti berbasikal sekitar Tanjung Malim sempena pelancaran XKB baru-baru ini. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Tiada lagi bayaran tunai di KTMB mulai 1 Januari 2025
KTMB akan beralih kepada mod bayaran tanpa tunai sepenuhnya melibatkan semua transaksi pembelian tiket bermula 1 Januari 2025 di sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Aktiviti potong pokok punca operasi tren KTM, ETS terjejas pada Jumaat
Berikutan gangguan itu, sebanyak 13 tren ETS mengalami kelewatan pada hari berkenaan dengan jumlah penumpang seramai 3,480 orang.
Gangguan perkhidmatan tren KTMB akibat alat talian atas putus
Hal itu telah menyebabkan kelewatan daripada jadual asal berikutan penggunaan satu landasan di laluan berkenaan bagi mengatur pergerakan tren secara bergilir.
KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS
Semua pengguna tren KTMB dinasihat tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Deepavali
KTMB akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua ETS bagi laluan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Padang Besar dan sebaliknya sempena Deepavali.
Tiket integrasi jalinan KTMB dan ERL dilancar, mudahkan lagi perjalanan pengguna
Pengguna hanya perlu membeli satu tiket untuk perjalanan terus menggunakan gabungan tren di bawah kendalian ERL dan KTMB untuk ke destinasi masing-masing.
Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).
KTMB sedia tren tambahan sempena cuti sekolah, cuti peristiwa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.
Individu ceroboh landasan kereta api di Tanah Merah, KTMB tidak kompromi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan berkompromi terhadap individu yang menceroboh landasan kereta api dan tindakan itu boleh dikenakan denda RM500.