SHAH ALAM: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri ke Pantai Timur dari stesen Kuala Lumpur Sentral ke stesen Tumpat dan sebaliknya.
KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 1,864 tiket ditawarkan untuk empat perjalanan tren ekspres bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Perkhidmatan tren khas ini sebagai salah satu pengangkutan alternatif sempena Aidilfitri untuk pulang ke Pantai Timur selain menggunakan jalan darat yang sering kali sesak dengan kadar trafik tinggi.
“Inisiatif ini juga khusus buat mereka yang ingin pulang ke kampung dengan selesa, selamat dengan tambang yang berpatutan,” menurut kenyataan itu.
Perjalanan pertama tren khas itu adalah pada jam 11 malam 19 April dari Kuala Lumpur Sentral ke Tumpat dan perjalanan sebaliknya pada jam 10.50 malam 24 April.
Perjalanan kedua pula pada jam 11 malam 20 April dari Kuala Lumpur Sentral ke Tumpat dan perjalanan sebaliknya pada 25 April jam 10.50 malam,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan, Tren Khas Lambaian Aidilfitri akan berhenti di 16 buah stesen termasuk Stesen Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Wakaf Bharu dan Tumpat.
Menurut kenyataan itu lagi, tren khas berkenaan dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet, dan koc chillax.
“Tiket akan mula dijual pada jam 10 pagi 1 April dengan harga bermula RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala.
“Pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kementeriannya berterima kasih kepada KTMB atas inisiatif itu bagi memberikan solusi kepada warga Pantai Timur untuk pulang ke kampung halaman.
“Sememangnya, kita sedia maklum, kesesakan semasa musim perayaan adalah masalah utama negara kita. Perkhidmatan ini menawarkan keselesaan kepada orang ramai, kanak-kanak dan warga emas untuk balik kampung," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 31 2023

Kementerian Pengangkutan berterima kasih kepada KTMB atas inisiatif yang diambil bagi memberi solusi kepada warga Pantai Timur untuk pulang ke kampung halaman. - Gambar hiasan

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.

KTMB sedia Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri
Sebanyak 1,864 tiket ditawarkan untuk empat perjalanan tren ekspres bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.