KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiket tren tambahan itu akan mula dijual pada Isnin ini (9 Jan) bagi perjalanan pada 19 hingga 24 Jan depan.
"Perkhidmatan ETS tambahan ini akan berlepas dari KL Sentral pada 5.05 petang dan tiba di Padang Besar 10.34 malam manakala dari Padang Besar, tren ETS akan berlepas pada 11 pagi dan tiba di KL Sentral 4.36 petang.
"Tren tambahan ini menawarkan 630 tiket sehari dan menjadikan jumlah keseluruhan 3,780 tiket termasuk koc kelas perniagaan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan memaklumkan inisiatif itu sebagai memenuhi permintaan penumpang yang tinggi ketika musim perayaan serta menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman dengan selesa dan selamat.
"Orang ramai digalak untuk mendapatkan tiket melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas.
"Hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu di media sosial rasmi KTMB untuk sebarang pertanyaan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023

Tiket tren tambahan itu akan mula dijual pada Isnin ini (9 Jan) bagi perjalanan pada 19 hingga 24 Jan depan.- Fail BERNAMA

Jet pejuang Israel gempur selatan Lubnan, sasar wilayah Bekaa
Jet pejuang Israel pada Isnin melancarkan siri serangan udara di beberapa kawasan di selatan Lubnan, yang tertumpu di wilayah Bekaa Barat, lapor Anadolu Ajansi.
Lelaki menang saman $50 juta, lecur tertumpah teh Starbucks
Seorang lelaki di California menang saman $50 juta selepas mengalami kecederaan serius akibat teh panas Starbucks yang tertumpah.
Peru isytihar darurat, penyanyi terkenal ditembak mati
Peru mengisytiharkan darurat di Lima susulan peningkatan jenayah, termasuk pembunuhan penyanyi terkenal Paul Flores, ketika kerajaan mengerahkan tentera bagi mengekang keganasan yang semakin berleluasa.
EU janji RM28.1 bilion untuk Syria pasca Assad
Persidangan EU di Brussels menjanjikan $6.3 bilion untuk pemulihan Syria selepas kejatuhan Assad, meskipun pemotongan bantuan AS dan ketidakstabilan politik membayangi usaha membina semula negara yang dilanda perang sejak 2011.
Trump umum dedah fail pembunuhan JFK esok
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pentadbirannya akan mendedahkan baki dokumen kerajaan mengenai pembunuhan Presiden John F. Kennedy pada Selasa, satu kes yang terus mencetuskan teori konspirasi lebih 60 tahun selepas kejadian.
Indonesia bawa balik 561 mangsa penipuan di Myanmar
Indonesia akan membawa balik 561 rakyatnya yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Myanmar, sebahagian daripada ribuan pekerja asing yang terperangkap dalam eksploitasi buruh rentas sempadan.

Pegawai kanan keselamatan Hamas maut dalam serangan Israel
Pegawai kanan keselamatan Hamas, Mahmoud Abu Watfa dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Selasa.

Saintis tunjukkan rupa sebenar Antartika jika semua ais cair
Peta terbaharu oleh Tinjauan Antartika British (BAS) menunjukkan permukaan sebenar Antartika jika semua ais cair, dengan ketebalan ais purata 1.9 kilometer.

Houthi lancar serangan ketiga, sasar kapal pemusnah AS
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, memaklumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Selasa, kumpulan itu telah melancarkan serangan ketiga terhadap kapal induk pesawat AS.
Saham akhirat Rizzalman Ibrahim
: Inspirasi dakwah dan kerja-kerja amal bekas pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim yang kini menerajui Yayasan Rizalman Ibrahim menggerakkan usaha menyebarkan literasi al-Quran, membina surau dan membantu golongan kurang berkemampuan bermatlamat sebagai saham akhiratnya nanti.

Projek landasan berkembar elektrik Gemas-JB lonjak sistem pengangkutan rel negara
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) merupakan satu lonjakan besar dalam sistem pengangkutan rel negara, khususnya di selatan tanah air.

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara
KTMB menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

Perkhidmatan ETS dari Stesen Segamat bermula hari ini - KTMB
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) memulakan perjalanan sulung dari Stesen Segamat ke Padang Besar tepat pukul 7.55 pagi tadi.

Tiket ETS KTMB sempena Aidilfitri hanya berbaki 20 peratus
Tiket ETS yang dijual sejak 3 Mac lepas kini hanya berbaki 20 peratus daripada lebih 100,000 tiket yang ditawarkan sempena Aidilfitri.

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur
Sepanjang tempoh perkhidmatan tren khas itu, 312 tiket akan ditawarkan bagi setiap perjalanan, menjadikan keseluruhan 1,248 tiket.

Perkhidmatan KTMB terjejas di beberapa laluan akibat pokok tumbang
Operasi perkhidmatan KTMB mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur - Putra pada 4.01 petang tadi menyebabkan alat talian atas (overhead line) terbingkas.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.