BUKIT MERTAJAM: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri(KDN) bagi membincangkan perkara berkaitan pekerja asing termasuk meletakkan urusan berkaitan mereka di bawah satu kementerian sahaja.
Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata pertemuan itu antara lain akan membincangkan isu dasar dan operasi lebih terperinci terutama berkaitan bidang kuasa membabitkan perkara berkaitan pekerja asing.
"Sehari selepas angkat sumpah (dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia) perkara pertama saya lakukan ialah berjumpa dan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) dan antara isu berbangkit ialah tentang pekerja asing.
"Saya dah cakap dengan dengan beliau dan minta untuk adakan satu pertemuan untuk bincang tentang dasar dan operasi pekerja asing di Malaysia secara lebih terperinci terutama berkaitan bidang kuasa kedua-dua kementerian itu.
"Kita akan buat pengumuman selepas perbincangan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Bukit Mertajam(HBM), di sini hari ini.
Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan daripada beberapa pihak agar isu pekerja asing diletakkan di bawah bidang kuasa kementerian yang sama.
Sim berkata beliau telah mengkaji semua jabatan dan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk membuat penelitian serta beliau juga akan meneruskan kesinambungan menteri terdahulu kerana rombakan Kabinet ini berlaku dalam kerajaan yang sama.
"Perubahan berlaku dalam kerajaan yang sama dan kita akan memastikan ada kesinambungan pada dasar-dasar yang baik manakala mana-mana dasar yang memerlukan penambahbaikan kita akan buat selepas ini. Beri saya sedikit masa untuk meneliti kementerian ini dahulu, bukan sahaja jabatan-jabatan malah dasar kementerian dan kita akan buat pengumuman dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah memperuntukkan sebanyak RM230,000 untuk tiga projek di HBM antaranya menaik taraf sistem penyaman udara dan elektrik, membekalkan peralatan di zon menunggu di jabatan kecemasan dan trauma serta memasang kipas di zon yang sama.
Katanya semua projek itu telah dijalankan Oktober lepas dan siap sebulan kemudian dengan kemudahan yang ada dapat memberi manfaat kepada 500 pesakit dan 300 kakitangan HBM setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023

Sim menandatangani plak perasmian pada Majlis Penyerahan dan Perasmian Menaiktaraf Sistem Penghawa Dingin dan Elektrik Hospital Bukit Mertajam hari ini. - Foto Bernama
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.

65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.

Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.

Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.

Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).