KUALA LUMPUR: Selepas Kementerian Sumber Manusia (KSM) memutuskan tiada kemasukan pekerja asing bagi mengutamakan pekerja tempatan, rakyat Malaysia rata-rata didapati tidak berminat dengan pekerjaan yang ditawarkan oleh industri pertanian, perladangan dan sektor pembersihan.
Menteri berkenaan, Datuk Seri M. Saravanan berkata beliau akan membawa permintaan pihak industri berkenaan untuk mengambil pekerja asing kepada Kabinet untuk diteliti dan dipertimbang supaya mendapat satu penyelesaian terbaik berkaitan masalah itu.
"Memang pelan asal kerajaan, peluang ini untuk pekerja tempatan...(tetapi) orang tempatan sudah tidak ambil pekerjaan khususnya dalam 3D (Dirty, Dangerous, Difficult - kotor, bahaya dan sukar) itu.
"Masalah mereka (pihak industri) hadapi hari ini adalah setelah pekerjaan ditawarkan kepada pekerja tempatan, masih tidak ada yang nak ambil pekerjaan-pekerjaan itu.
"Sekarang kita berada dalam keadaan sama ada kita bagi mereka (mengambil pekerja asing) ataupun (pihak industri terpaksa) gulung tikar," katanya ketika ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Keperluan Penggajian Pekerja Asing di Wisma Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada Isnin.
Pada 19 Sept lepas, kerajaan memutuskan bahawa tiada kemasukan bagi pekerja asing ke negara ini termasuk pembantu rumah asing dari negara-negara sumber hingga 31 Dis 2021.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kamarul Baharin Mansor berkata MTUC berpandangan bahawa kerajaan perlu mengutamakan pekerja tempatan serta meminta dasar tidak membenarkan kemasukan pekerja asing itu diteruskan.
Bagaimanapun, beliau akui kebanyakan industri seperti perladangan dan restoran terjejas serta berpendapat bahawa, mana-mana pekerjaan yang memerlukan pekerja asing seperti kerja-kerja buruh kasar akan dialu-alukan.
"Tapi kita tekankan kepada menteri, tentang pengambilan pekerja asing ini perlu dibuat secara telus dan G2G (antara kerajaan dengan kerajaan), jangan biarkan kepada pihak ketiga untuk mengambil pekerja asing.
"Ada (industri) yang memohon (kemasukan pekerja asing) hingga 26,000, 43,000 pekerja asing, jadi bila kita duduk semeja dengan pihak industri ini baru kita tahu kekurangan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
Saravanan berkata beliau akan membawa permintaan pihak industri berkenaan untuk mengambil pekerja asing kepada Kabinet untuk diteliti dan dipertimbang. -Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun
Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.
Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.
Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.
HRD Corp: SPRM hadir ke Kesuma dapatkan dokumen untuk siasatan
Selepas hampir sejam, pegawai SPRM itu dilihat keluar dari bangunan Kesuma dengan membawa beberapa dokumen dan beredar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.