KUALA LUMPUR : Semua pihak yang terlibat dalam menyelia sistem telekomunikasi dan digital negara harus bersedia meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur sektor itu dalam berdepan dengan sebarang ancaman serangan siber di masa hadapan.
Tegas Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman, negara harus mengambil iktibar dan melihat kepada situasi 'perang siber' dan penyaluran maklumat palsu seperti yang berlaku dalam krisis antara dua negara, Ukraine dan Rusia ketika ini.
"Seiiring dengan kesediaan negara dalam mengimplementasikan teknologi 5G buat kemudahan rakyat, kita harus mempertimbang aspek keselamatan (sektor itu).
"Isu keselamatan 5G amat membimbangkan saya susulan beberapa penyedia teknologi 5G mempunyai hubungan dengan (negara) kuasa-kuasa besar yang menceroboh perairan kita sehingga menjejaskan kehidupan dan mata pencarian penduduk seperti di Sabah.
"Perlu diingatkan, industri telekomunikasi telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan evolusi sehingga munculnya cabaran baharu seperti risiko keselamatan siber," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ujar beliau lagi, sistem ini berkait rapat dengan sektor penting negara seperti kewangan, pengangkutan, ketenteraan dan industri kritikal lain.
Oleh yang demikian katanya, adalah penting untuk negara mempunyai infrastruktur digital yang lebih kukuh dan selamat.
Mengulas berkenaan keselamatan perairan wilayah, tambah Anifah negara harus memandang serius hal ini dan tidak bertoleransi sama sekali dengan sebarang bentuk ancaman dari kuasa asing.
Dalam pada itu, Anifah turut menyeru agar kerajaan mempunyai pendirian tegas dalam krisis Ukraine dan Rusia.
Menurutnya, kerajaan perlu menggesa semua pihak menghentikan keganasan dan melakukan rundingan damai.
"Tidak cukup dengan hanya menjadi 'suara gema' mengikut sentimen negara lain.
"Malaysia harus berpendirian tegas dalam isu ini dan mengambil tindakan untuk menghentikan pencerobohan itu.
"Melihat kepada isu geopolitik semasa yang menyelubungi perairan negara kita dengan pencerobohan negara kuasa besar di kawasan timur, kita mungkin berada dalam kedudukan yang sama seperti Ukraine," jelas beliau lagi dalam kenyataan sama.
Nickyson Nyambar
Sun Feb 27 2022

Tegas Datuk Seri Anifah Aman, negara harus mengambil iktibar dan melihat kepada situasi 'perang siber' dan penyaluran maklumat palsu seperti yang berlaku dalam krisis antara dua negara, Ukraine dan Rusia ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA
PM Anwar seru umat Islam hayati Nuzul Al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam menghayati Nuzul al-Quran dengan mentadabbur kitab suci itu serta mengejar keampunan Allah SWT di pertengahan Ramadan agar dipilih bertemu lailatul qadar.

Ini cara baiki masalah aplikasi YouTube mainkan Shorts secara tiba-tiba
Ini Cara Membaiki Masalah Aplikasi YouTube Yang Memainkan Shorts Secara Tiba-Tiba

Jet pejuang Israel gempur selatan Lubnan, sasar wilayah Bekaa
Jet pejuang Israel pada Isnin melancarkan siri serangan udara di beberapa kawasan di selatan Lubnan, yang tertumpu di wilayah Bekaa Barat, lapor Anadolu Ajansi.
Lelaki menang saman $50 juta, lecur tertumpah teh Starbucks
Seorang lelaki di California menang saman $50 juta selepas mengalami kecederaan serius akibat teh panas Starbucks yang tertumpah.
Peru isytihar darurat, penyanyi terkenal ditembak mati
Peru mengisytiharkan darurat di Lima susulan peningkatan jenayah, termasuk pembunuhan penyanyi terkenal Paul Flores, ketika kerajaan mengerahkan tentera bagi mengekang keganasan yang semakin berleluasa.
EU janji RM28.1 bilion untuk Syria pasca Assad
Persidangan EU di Brussels menjanjikan $6.3 bilion untuk pemulihan Syria selepas kejatuhan Assad, meskipun pemotongan bantuan AS dan ketidakstabilan politik membayangi usaha membina semula negara yang dilanda perang sejak 2011.
Trump umum dedah fail pembunuhan JFK esok
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pentadbirannya akan mendedahkan baki dokumen kerajaan mengenai pembunuhan Presiden John F. Kennedy pada Selasa, satu kes yang terus mencetuskan teori konspirasi lebih 60 tahun selepas kejadian.
Indonesia bawa balik 561 mangsa penipuan di Myanmar
Indonesia akan membawa balik 561 rakyatnya yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Myanmar, sebahagian daripada ribuan pekerja asing yang terperangkap dalam eksploitasi buruh rentas sempadan.

Pegawai kanan keselamatan Hamas maut dalam serangan Israel
Pegawai kanan keselamatan Hamas, Mahmoud Abu Watfa dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Selasa.

Saintis tunjukkan rupa sebenar Antartika jika semua ais cair
Peta terbaharu oleh Tinjauan Antartika British (BAS) menunjukkan permukaan sebenar Antartika jika semua ais cair, dengan ketebalan ais purata 1.9 kilometer.

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah
Beliau yang merupakan Presiden PCS menyeru kerajaan berpendirian tegas dalam menghentikan keganasan yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.

Parti Cinta Sabah retak, beberapa pemimpin kanan umum keluar parti
Datuk Ewon Ebin yang juga Naib Presiden PCS berkata, keputusan itu dibuat selepas aktiviti parti itu seolah-olah terhenti, selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya negeri September 2020.

Henti berpolitik, beri tumpuan bantu rakyat - Anifah Aman
Kerajaan turut digesa untuk memberi tumpuan pada isu kekurangan doktor dan logistik dalam menyegerakan proses vaksinasi dalam negara.

Saya akan keluar dewan, jika beri manfaat kepada rakyat dan negara - Anifah Aman
Tindakan Datuk Seri Anifah Aman yang tidak meninggalkan Dewan Rakyat hari ini adalah kerana isu yang dibangkitkan dan diprotes itu tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia
Suasana panas menuju pilihan raya umum, ramai mudah terlupa mengenai titik persamaan yang menyatukan rakyat Malaysia.

Pendekatan diplomatik tunjang penyelesaian isu penambakan tanah di Laut China Selatan
Beberapa menteri luar ASEAN menyatakan kebimbangan mengenai isu berkenaan ketika berlangsungnya Pemukiman Menteri Luar ASEAN di republik itu pada Selasa.

Malaysia-Qatar tandatangani empat MoU
Malaysia dan Qatar pertingkat kerjasama dua hala dalam bidang latihan diplomat, pengajian tinggi, perundangan dan kehakiman.

Malaysia perjuang inisiatif kesederhanaan bendung fahaman ekstremisme
Pendekatan kesederhanaan adalah elemen penting dalam memastikan keamanan dan keselamatan mampan.

Hubungan diplomatik dengan Holy See satu pencapaian - Anifah
Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan pewujudan hubungan diplomatik dan penubuhan Kedutaan Besar Malaysia di Holy See sebagai sesuatu yang penting.