KUALA LUMPUR: Penyebaran berita palsu menjadi salah satu fenomena yang meresahkan seluruh dunia termasuk Malaysia sehingga boleh menghakis nilai kepercayaan.
Krisis kepercayaan masyarakat terhadap informasi akibat penyebaran maklumat tidak sahih akhirnya mempengaruhi pemahaman dan persepsi umum terhadap isu-isu penting seperti kepimpinan.
Dalam konteks Malaysia, adakah kebebasan bersuara itu menjadi 'lesen besar' dalam menyuarakan pandangan? Atau masyarakat masih berpegang kepada nilai peradaban?
Menurut penganalisis keselamatan dan politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka, kebebasan bersuara terkandung dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Begitupun, pensyarah kanan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu menegaskan hak kebebasan bersuara perlu datang dengan tanggungjawab bagi mengelakkan ia memberi impak kepada masyarakat, ekonomi serta dasar pentadbiran.
"Dalam konteks ini kita juga tertakluk kepada undang-undang dan kita ada langkah pengawalan mekanisme keselamatan yang dicemburui oleh masyarakat seluruh dunia.
"Ia antaranya Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Akta Fitnah 1957.
"Selain itu, kita ada perkara-perkara seperti akta di bawah Kanun Jenayah, apa-apa yang menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam boleh dikenakan hukuman.
"Dan ini adalah perkara yang perlu diraikan oleh masyarakat kerana mereka harus memahami, wujudnya peruntukan-peruntukan ini sebagai advokasi dan mengawal selia peradaban dan cara kita menggunakan media sosial.
"Tetapi sampai bila kita harus mengharapkan undang-undang?" katanya kepada Astro AWANI, di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Noor Nirwandy berpandangan masyarakat perlu memahami tugas sebagai ejen untuk membina negara dan membentuk peradaban yang lebih baik dalam memastikan hala tuju sebenar sesebuah kerajaan dan rakyat.
Jelas beliau, krisis kepercayaan akibat lambakan maklumat palsu bagaimanapun masih terkawal di Malaysia kerana mekanisme keselamatan yang disifatkan baik dan sikap toleransi rakyat dalam memahami aspek perundangan sedia ada.
"Tetapi apabila melibatkan isu-isu yang agak sensitif contoh seperti rasuah, salah guna kuasa dan pentadbiran, permasalahan agama yang didebatkan, atau konflik antara kaum yang harus digariskan dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.
"Maka di sinilah kepentingan untuk melihat bagaimana kita mampu untuk menangani perkembangan itu dengan baik," tambahnya.
Malaysia di tangga ke-2 guna media sosial
Satu kajian mendapati Malaysia berada di tempat kedua bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial di dunia, dengan berkongsi kedudukan dengan rakan serantau, Filipina pada skor 8.75 daripada 10.
Kajian itu, yang dijalankan oleh syarikat pembekal proksi, Proxyrack turut mendedahkan Malaysia berada di tempat ketiga dari segi negara yang mempunyai keterhubungan paling meluas dengan hampir 97 peratus daripada populasinya menggunakan internet.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga teratas dalam kajian berkenaan, dengan mencatatkan skor 9.55.
Pada 15 Disember lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan statistik pihaknya menunjukkan peningkatan sebanyak 24 kali ganda kandungan memudaratkan di platform media sosial serta Over-The-Top (OTT) termasuk Meta dan TikTok iaitu daripada 1,019 pada 2022 kepada 25,642 tahun ini.
Kandungan tersebut termasuk penipuan, penjualan haram, perjudian, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian, menimbulkan ancaman kepada fabrik sosial dan institusi-institusi di Malaysia.
Bina bersama kepercayaan
Sementara itu, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (UM Lead) Universiti Malaya, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, usaha untuk membina kepercayaan dan keyakinan perlu juga dicerminkan bersama termasuk dalam kalangan ahli politik dan pemimpin negara.
Jelas beliau, sebagai sebuah negara berbilang kaum, isu integrasi dan perpaduan kaum masih terus menjadi topik perbincangan.
Ujar Anis, berdasarkan kajian yang dilakukannya sebelum ini, isu perkauman bagaimanapun tidak berada pada tahap yang tinggi (membimbangkan) kecuali apabila ia dipermainkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
"Kalau pun kita berjaya mengharmonikan negara tetapi bila orang-orang tidak bertanggungjawab memainkan sentimen perkauman hanya untuk menjuarai sesuatu kaum, akan menjadi masalah.
"Kita harus fikirkan Malaysia ke depan untuk melihat hala tuju 2024 dan membina andalan yang hebat.
"Dalam kalangan masyarakat, kita perlu fikir secara bersama dan mengubah supaya kita semua menjadi 'pemimpin utama' yang bukan hanya nak mengkritik, mencari masalah atau merosakkan tetapi membina dan mencari solusi kepada masalah yang dihadapi," katanya.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 27 2023
Dalam konteks Malaysia, adakah kebebasan bersuara itu menjadi 'lesen besar' dalam menyuarakan pandangan? -Foto fail/Pixabay.com
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Krisis kepercayaan: Antara kebebasan bersuara dan peradaban, di mana kita?
Dalam konteks Malaysia, adakah kebebasan bersuara itu menjadi 'lesen besar' dalam menyuarakan pandangan? Atau masyarakat masih berpegang kepada nilai peradaban?