KUALA KANGSAR: Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Isnin memerintahkan seorang pekerja kilang, Kris Dayanti didenda RM80 atas kesalahan gagal memberikan keterangan munasabah berhubung pemilikan wang berjumlah RM50 di dalam akaun banknya pada Julai tahun lalu.
Majistret Mohd Shazmeer Zamhari menjatuhkan hukuman itu selepas wanita warga Indonesia berusia 22 terbabit mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mohd Shazmeer turut memerintahkan Kris Dayanti dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Kris Dayanti didakwa gagal memberikan keterangan yang memuaskan berhubung pemilikan wang RM50 di dalam akaun miliknya di Maybank Kuala Kangsar pada jam 4.15 petang, 27 Julai 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu memohon agar dikenakan hukuman ringan atas alasan telah beberapa kali disiasat bagi kes sama yang bersangkut dengan penggunaan akaun bank miliknya.
"Saya datang ke Malaysia nak kerja baik-baik untuk menampung keluarga, jadi saya mohon hukuman serendah-rendahnya kerana banyak laporan ditujukan kepada saya atas kesalahan-kesalahan yang sama," katanya.
Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku telah membuat pemindahan wang RM50 ke satu akaun Maybank.
Pemindahan wang itu dibuat selepas menerima ugutan daripada seorang wanita dikenali melalui aplikasi MiChat yang meminta wang sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video bogelnya.
Siasatan ke atas akaun kemudiannya mendapati pemilik akaun berkenaan adalah milik tertuduh.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini.
Sinar Harian
Mon Jan 10 2022

Kris Dayanti didenda RM80 selepas mengaku bersalah gagal memberikan keterangan munasabah berhubung pemilikan wang berjumlah RM50 di dalam akaun banknya pada Julai tahun lalu. - Gambar SINAR HARIAN

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.