KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengeratkan kerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman dalam pemantapan keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak dan wanita di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata beliau bersama Ketua Setiausaha serta Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan perbincangan dengan Bahagian D11 semalam bagi meneruskan sesi libat urus dan kolaborasi berhubung perkara itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, Rina berkata perbincangan dimulakan dengan pembentangan modus operandi terkini NUR Alert dan statistik semasa berkaitan kanak-kanak hilang.
"Dalam pertemuan itu, saya memaklumkan bahawa kami telah menubuhkan Jawatankuasa Bersepadu Pengurusan Isu-Isu Sosial Kanak-Kanak di Media Sosial yang bermatlamat untuk menggembleng tenaga pakar dari PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berkepentingan supaya memastikan keselamatan kanak-kanak di media sosial terpelihara," katanya.
Menurut Rina, jawatankuasa itu merupakan platform untuk memantapkan usaha kerajaan dalam membanteras jenayah seksual kanak-kanak di media sosial dengan penganjuran kempen dan program advokasi.
Katanya, PDRM juga bersedia untuk bekerjasama dalam penggubalan Dasar Kanak-Kanak Negara yang kini sedang dilaksanakan bagi menggantikan dasar sedia ada dan ia turut menerima input daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Beliau berkata PDRM juga menyatakan kesediaan untuk melatih Skuad Waja bagi membolehkan ia menjadi pasukan petugas pada peringkat pusat.
"Saya yakin idea ini amat baik dalam memperkasakan peranan Skuad Waja yang berperanan sebagai ejen antijenayah dalam komuniti bagi menangani isu-isu berkaitan keganasan terhadap wanita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022
![KPWKM erat kerjasama dengan D11 Bukit Aman - Rina KPWKM erat kerjasama dengan D11 Bukit Aman - Rina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652524663_KPWKMDBukitAma.jpg)
KPWKM mengeratkan kerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman dalam pemantapan keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak dan wanita di negara ini. - Foto Facebook/KPWKM
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![KPWKM perkasa CBO, rakan strategik bendung penderaan, keganasan rumah tangga - Nancy KPWKM perkasa CBO, rakan strategik bendung penderaan, keganasan rumah tangga - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719736936_NancyShukri.jpg)
KPWKM perkasa CBO, rakan strategik bendung penderaan, keganasan rumah tangga - Nancy
Nancy berkata isu penjagaan keselamatan golongan rentan dalam komuniti khususnya kanak-kanak, golongan kurang upaya serta warga emas tidak boleh dipandang remeh.
![KPWKM teliti keperluan ujian psikometrik tahunan kepada pengasuh taska KPWKM teliti keperluan ujian psikometrik tahunan kepada pengasuh taska](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717834258_TBNANCYjpg.jpg)
KPWKM teliti keperluan ujian psikometrik tahunan kepada pengasuh taska
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneliti keperluan menjalankan ujian penilaian psikometrik secara tahunan kepada pengusaha dan pengasuh taska berdaftar.
![KPWKM bakal tubuh Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Cedaw tahun ini KPWKM bakal tubuh Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Cedaw tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716997632_tbNancyShukri.jpg)
KPWKM bakal tubuh Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Cedaw tahun ini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun
![KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716997632_tbNancyShukri.jpg)
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
![Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715766800_TBUNHQxjp.jpg)
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
![Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715601747_tbNancyShukri.jpg)
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
![Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689912090_TBNancyShukri.jpg)
Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy
Seruan Anwar yang meminta Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan mewakili sebuah kampung agar masalah disalurkan secara terus kepada platform yang tepat merupakan inisiatif baik.
![KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714434411_tbHajahNancyHajiS.jpg)
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
![Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713876782_TBNORAINIAHMAD.jpg)
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
![Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713447296_tbNancyShukri.jpg)
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).