KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi meneruskan semula program MyBrain 15, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menterinya Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata KPT akan membuat permohonan peruntukan itu sekali lagi untuk meneruskan program biasiswa berkenaan setelah tidak diluluskan ketika kementerian itu memohon di bawah Rolling Plan 1, 2 dan 3 RMK12.
"KPT telah melaksanakan dua program MyBrain iaitu MyBrain 15 dan MyBrain Sains. MyBrain 15 terbuka kepada pelbagai bidang pengajian di peringkat sarjana dan PhD yang telah dilaksanakan bermula 1 Dis 2010 di bawah RMK10 dan RMK11 dengan penawaran terakhir program MyBrain 15 ini pada 2016.
"Program MyBrain Sains pula dilaksanakan pada 2012 dengan penajaan di peringkat ijazah pertama hingga pascasiswazah dalam bidang sains tulen sahaja dan program ini masih dilaksanakan hingga kini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk membuka semula permohonan biasiswa MyBrain kepada calon-calon daripada pelbagai bidang selain sains tulen.
Mohammad Yusof berkata kerajaan telah mengenal pasti seramai 3,886 pelajar tajaan MyBrain yang telah didapati gagal dalam pengajian mereka.
"Pelajar tajaan MyBrain dikehendaki menandatangani perjanjian penajaan antara pelajar dengan kerajaan, dalam hubungan ini apabila pelajar didapati gagal dalam pengajian, mereka akan dikenakan tuntutan ganti rugi berdasarkan kos sebenar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang pengajian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Mohammad Yusof berkata KPT akan membuat permohonan peruntukan itu sekali lagi untuk meneruskan program biasiswa berkenaan setelah tidak diluluskan ketika kementerian itu memohon di bawah Rolling Plan 1, 2 dan 3 RMK12. -Gambar fail/Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Malaysia perlukan lebih ramai penyelidik dalam industri - Mohammad Yusof
Perubahan ini penting untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam menuju ke arah aktiviti yang bernilai tambah tinggi.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Tarik minat ke IPT dibangkit dalam laporan Jawatankuasa Kaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi
Usaha menarik minat golongan muda menyambung pengajian ke IPT merupakan antara perkara dibangkitkan dalam laporan akhir Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional.

KPT kemuka permohonan laksana semula MyBrain 15
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi meneruskan semula program MyBrain 15, Dewan Negara diberita

IPT disaran tidak jadikan ranking sebagai fokus utama
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan agar tidak menjadikan ranking dan penarafan antarabangsa sebagai fokus utama.

KPT bangun pelan tindakan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membangunkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu (PTMBM) 2023-2030 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).