PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan senarai ranking sekolah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pihaknya, bagaimanapun, tidak boleh menghalang jika ada pihak luar yang mahu mengeluarkan senarai sedemikian.
"Saya tidak tahu dari mana senarai itu diperolehi. KPM tidak pernah keluarkan ranking sekolah berdasarkan keputusan SPM. Bukan tahun ini sahaja, tahun sebelum ini pun tidak ada.
"Kalau ada pihak luar yang berusaha keras mengumpul maklumat untuk keluarkan ranking tersebut, kami tidak boleh halang. Tetapi KPM tidak pernah berbuat demikian.
"Saya harap mana-mana pihak, sebelum membuat ulasan tentang sesuatu, pastikan sumbernya sahih kerana ini beri kesan kepada keseluruhan sistem, seolah-olah wujud ranking untuk membanding-bandingkan sekolah," katanya dalam sidang media pengumuman Sasterawan Negara di sini, pada Rabu.
Sebelum ini, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali mengeluarkan kenyataan bahawa sistem ranking merupakan satu kesalahan besar dan KPM sepatutnya fokus dalam tugas mendidik pelajar.
Dalam perkembangan lain, Radzi memaklumkan, KPM juga tidak mempunyai perancangan untuk mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam SPM.
“Tidak ada sebarang perancangan untuk kita kaji semula Sejarah sebagai wajib lulus. Apa (yang) penting melihat apakah faktor-faktor penyumbang keputusan tersebut dan cari satu pendekatan intervensi bersesuaian.
“Ia bagi memastikan anak-anak kita lahir daripada sistem pendidikan kita ini dapat menguasai subjek Sejarah pada masa akan datang agar jumlah murid gagal dapat kurangkan dari semasa ke semasa," ujar beliau lagi.
Madiha Abdullah
Wed Jun 22 2022
![KPM tidak pernah keluarkan ranking sekolah - Radzi KPM tidak pernah keluarkan ranking sekolah - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655124049_TBRADZ.jpg)
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan senarai ranking sekolah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Datuk Radzi Jidin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kedah Darul Aman daki ranking Liga Super Kedah Darul Aman daki ranking Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720832852_KedahDarulAman.jpg)
Kedah Darul Aman daki ranking Liga Super
Kedah Darul Aman menghuni tangga kelima berbekalkan kemenangan 3-0 ke atas Kelantan Darul Naim, malam tadi.
![Hong Kong lonjak tangga kelima ranking daya saing dunia Hong Kong lonjak tangga kelima ranking daya saing dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719391197_TBHONGKONGGENERIC.jpg)
Hong Kong lonjak tangga kelima ranking daya saing dunia
Ranking itu turut menyaksikan Hong Kong menduduki tempat teratas bagi kategori 'dagangan antarabangsa' dan 'peraturan perniagaan'.
![Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718709144_TBLeeZiiJia.jpg)
Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki kedudukan ranking beliau ke kedudukan ke-7 dunia hari ini.
![Golf: Gavin layak ke Olimpik buat kali ketiga Golf: Gavin layak ke Olimpik buat kali ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718705909_GavinGreen.jpg)
Golf: Gavin layak ke Olimpik buat kali ketiga
Pemain golf profesional Malaysia Gavin Green melayakkan diri buat kali ketiga berturut-turut ke Olimpik selepas berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan 60 pemain terbaik dunia.
![JDT terus kuasai Asia Tenggara JDT terus kuasai Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715582218_JDT.jpg)
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
![UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714633537_UTP.jpg)
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
![Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin lonjak empat anak tangga Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin lonjak empat anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713085397_TBBEREGUBADMINTON.jpg)
Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin lonjak empat anak tangga
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan peningkatan ketara dalam ranking dunia selepas muncul naib juara Kejohanan Badminton Asia.
![Harimau Malaya daki tujuh anak tangga, kini ranking ke-130 dunia Harimau Malaya daki tujuh anak tangga, kini ranking ke-130 dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701350057_TBHarimauMalaya.jpg)
Harimau Malaya daki tujuh anak tangga, kini ranking ke-130 dunia
Skuad kendalian Kim Pan Gon itu mengumpul keseluruhan 1,122.87 mata untuk meningkat daripada posisi ke-137 dunia yang dihuni sejak 26 Okt lepas.
![Sistem ranking universiti penting tarik kemasukan pelajar antarabangsa Sistem ranking universiti penting tarik kemasukan pelajar antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700204799_TBProfDrMohdF.jpg)
Sistem ranking universiti penting tarik kemasukan pelajar antarabangsa
Katanya, ada negara yang menitikberatkan soal ranking untuk menghantar pelajar mereka menyambung pengajian ke universiti di negara lain.
![Taylor’s diiktiraf #41 terbaik Asia, kukuh status sebagai universiti swasta #1 Asia Tenggara Taylor’s diiktiraf #41 terbaik Asia, kukuh status sebagai universiti swasta #1 Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700200201_Taylors.jpg)
Taylor’s diiktiraf #41 terbaik Asia, kukuh status sebagai universiti swasta #1 Asia Tenggara
Membuktikan kualiti program akademik yang luar biasa dan kaedah pengajaran yang berkesan Taylor's.