Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bercadang untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 50 peratus kepada semua penghutang PTPTN.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sekiranya insentif itu hendak dilaksanakan, kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM29 bilion iaitu 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan kepada peminjam.
"Jumlah ini adalah bersamaan dengan jumlah peruntukan untuk menaja 1.2 juta peminjam baharu sehingga tamat pengajian.
"KPM perlu memberi perhatian terhadap penambahbaikan pengurusan pinjaman secara keseluruhan," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat kementeriannya, pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin malam.
Menyentuh tentang pendidikan Orang Asli, Teo menjelaskan KPM menerima pencalonan seramai 133 calon guru Orang Asli untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru (IPG).
Namun hanya 25 calon diterima masuk setelah mengambil kira keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru dan keperluan semasa bagi memenuhi unjuran keperluan untuk bidang Bahasa Melayu dan bimbingan kaunseling.
"Kementerian akan terus memastikan murid berkeperluan khusus, seperti murid Orang Asli dan Penan mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan relevan dengan keperluan mereka," katanya.
Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata sebanyak 6,821 permohonan kewarganegaraan daripada pemohon berketurunan India telah diterima berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara dari 2014 hingga 30 Nov lepas.
"Daripada jumlah itu, seramai 3,676 pemohon telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia manakala yang lain masih dalam proses penelitian, semakan dan ada dokumen yang masih tidak lengkap dan faktor lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 16 2019

TEO NIE CHING: KPM perlu memberi perhatian terhadap penambahbaikan pengurusan pinjaman secara keseluruhan.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah akan ditangguh terlebih dahulu pada minggu pertama.

KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape
Kementerian Pendidikan Malaysia meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung trend penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.

18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM
Seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik sepanjang tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Malaysia juarai pertandingan antarabangsa World Robot Olympiad 2023
Pasukan KPM berjaya muncul Juara Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 yang berlangsung di Panama City, Panama, bermula 7 Nov hingga semalam.

Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM
Faktor jarak antara tempat tinggal dan sekolah juga menyebabkan ramai murid yang tercicir persekolahan.

Murid berkeperluan pendidikan khas layak peroleh Sijil Kemahiran Malaysia
KPM mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang dan ketidakupayaan melalui bidang pendidikan dan kemahiran.

Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan
Bantuan Awal Persekolahan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.

SK Nanga Klassen berwajah baharu selepas 60 tahun
Program baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman, salah satu projek pembinaan semula bangunan daif sekolah di Sarawak yang dibiayai melalui peruntukan RM1 bilion.

Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad berpendapat ibu bapa perlu lebih bersedia berbincang mengenai dasar dalam menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.

Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu.