BELURAN: Kementerian Pendidikan (KPM) serius melaksanakan proses "pemutihan" atau memindah milik tanah sekolah daripada kerajaan negeri kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi memudahkan perancangan masa depan infrastruktur sekolah terlibat.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata antara faktor utama yang menyebabkan usaha menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif, terkekang adalah berkaitan dengan status tanah sekolah berkenaan.
"Ada tanah sekolah di mana tapak sekolah kita ini masih belum dimiliki oleh JKPTG. Jadi, urusan pembinaan baharu bagi menggantikan bangunan yang daif tidak dapat dilaksanakan.
"Kami melakukannya dengan serius, berbincang dengan pihak kerajaan negeri supaya pemutihan ini dapat dilaksanakan dengan cepat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beluran di sini hari ini.
Mohd Radzi turut memaklumkan sejak memikul jawatan sebagai Menteri Kanan Pendidikan, jumlah tanah sekolah yang berjaya diputihkan semakin meningkat.
Katanya Sabah dan Sarawak merupakan antara negeri yang mempunyai tanah sekolah yang belum ditukar hak milik namun tidak menyatakan jumlah tanah terlibat, dan menambah sekolah di Felda merupakan antara kawasan terbabit.
Sempena lawatan kerjanya selama dua hari ke Beluran sehingga esok, Mohd Radzi turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta kepada Pejabat Pendidikan Beluran bagi menyelesaikan isu mendesak yang memerlukan penyelesaian segera bagi membolehkan golongan pelajar di daerah itu mengikuti pembelajaran dalam keadaan lebih kondusif dan selesa.
Beliau juga meminta semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) supaya sentiasa kerap turun padang melawat sekolah bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dan seterusnya mengambil tindakan segera menyelesaikannya.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee, yang juga Ahli Parlimen Beluran, pada majlis sama berkata proses pembangunan kemudahan asas, termasuk sekolah di luar bandar merupakan proses berpanjangan.
"Saya yakin jika pelajar luar bandar diberi peluang mendapat pendidikan menyeluruh akan berpotensi tampil lebih menyerlah dalam kehidupan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
![KPM serius laksana pemutihan tanah - Radzi KPM serius laksana pemutihan tanah - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658048480_TBRADZ.jpg)
Radzi berkata antara faktor utama yang menyebabkan usaha menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif terkekang adalah berkaitan dengan status tanah sekolah berkenaan. - Gambar fail
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716263006_RadziJidin.jpg)
Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.
!['Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi 'Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710407126_TBfahmifadzil.jpg)
'Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk mengarahkan penyedia platform media sosial termasuk TikTok menurunkan mana-mana kandungan.
![Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655784531_SuhailiAbdulRahman.jpg)
Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.
![Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698130652_AzamBaki.jpg)
Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki
SPRM belum memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berhubung projek percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah.
![Tak dengar sepatah pun gaji progresif dalam Belanjawan 2024 - Radzi Tak dengar sepatah pun gaji progresif dalam Belanjawan 2024 - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695370646_JAPEN.jpg)
"Tak dengar sepatah pun gaji progresif dalam Belanjawan 2024" - Radzi
Radzi menegaskan Belanjawan 2024 sepatutnya memberi gambaran yang jelas tentang hala serta dan dasar yang ingin dibawa oleh kerajaan.
![Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61696054941_AzamBaki.jpg)
Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki
Azam Baki berkata siasatan masih dijalankan ketika ini dan memerlukan masa untuk dilengkapkan.
![SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695542643_RadziJidin.jpg)
SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam
SPRM tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin bagi membantu siasatan berkaitan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.
![Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695535012_TBRadzi.jpg)
Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.
![Radzi Jidin nafi ada kaitan projek percetakan RM80 juta disiasat SPRM Radzi Jidin nafi ada kaitan projek percetakan RM80 juta disiasat SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659858861_TBRADZIJIDINjpg.jpg)
Radzi Jidin nafi ada kaitan projek percetakan RM80 juta disiasat SPRM
Tuduhan dalam mesej WhatsApp yang tular baru-baru ini yang turut mengaitkan dirinya dan isteri dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah adalah tidak benar.
![Qazaf: NGO Islam minta JAWI siasat Radzi, Mubin sebut perkataan jelik terhadap Anwar Qazaf: NGO Islam minta JAWI siasat Radzi, Mubin sebut perkataan jelik terhadap Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695371061_radzimubin.jpg)
Qazaf: NGO Islam minta JAWI siasat Radzi, Mubin sebut perkataan jelik terhadap Anwar
Dua NGO Islam meminta JAWI menyiasat tindakan Radzi dan seorang lagi yang didakwa menyebut perkataan jelik terhadap Anwar yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.