SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran untuk merehatkan semua murid yang bukan peperiksaan dan murid tahap satu selepas cuti Tahun Baharu Cina, bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19 seterusnya mengurangkan kluster pendidikan.
Sektetariat Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH), Syazmir Hariz Noorazalan berkata, ia memandangkan kluster pendidikan meningkat dengan begitu mendadak dalam tempoh dua hingga tiga minggu kebelakangan ini.
Malah katanya, sehingga Khamis, hampir keseluruhan negeri-negeri di Semenanjung melibatkan operasi persekolahan di beberapa tempat terpaksa ditutup.
"Situasi ini amat membimbangkan murid itu sendiri, guru sebagai barisan hadapan di sekolah dan ibu bapa sebagai pihak yang bertanggungjawab memantau keadaan semasa.
"Beberapa sebab cadangan ini dibuat memandangkan murid yang bukan peperiksaan sudah pun selesai menjalani Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) mahupun Pentaksiran Setara Standard (PSS) masing-masing manakala buku teks mereka sudah pun dikembalikan kepada pihak sekolah.
"Maka, ia menandakan bahawa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berteraskan peperiksaan sudah pun tamat walaupun sesi persekolahan akan berakhir bulan Mac nanti.
"Pengurangan jumlah murid apabila mereka direhatkan juga mampu mengurangkan risiko jangkitan di sekolah memandangkan jumlah murid telah diminimumkan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ruang-ruang kosong yang ditinggalkan oleh murid yang direhatkan akan memudahkan urusan Unit Peperiksaan menggunakan ruang tersebut untuk pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bentuk amali memandangkan format baru SPM memerlukan ruang yang banyak mulai 8 Februari 2022.
Jelasnya, bukan semua sekolah mempunyai ruang yang cukup apabila sesi persekolahan dijalankan seperti biasa dan apa yang penting, ia mampu mengurangkan risiko jangkitan kepada guru-guru yang wajib hadir ke sekolah atas tugas hakiki, calon-calon peperiksaan dan petugas-petugas yang berada di sekolah.
"Malangnya, KPM masih meminta pihak sekolah terus menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini dan seolah-olah belum tiba masanya untuk KPM mengemas kini SOP tersebut.
"Sedangkan dalam masa yang sama, penularan COVID-19 dan mungkin juga Omicron telah berlaku di sekolah-sekolah kerajaan yang sudah tentu memerlukan pengubahsuaian SOP lebih ketat bagi menghadapi peningkatan kes melibatkan kluster pendidikan.
"Adakah KPM mahu menunggu keadaan lebih genting barulah KPM akan mengemas kini SOP sedia ada? Ini amat mengecewakan ramai pihak," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 28 2022
Syazmir Hariz berkata situasi ini amat membimbangkan murid itu sendiri, guru sebagai barisan hadapan di sekolah dan ibu bapa sebagai pihak yang bertanggungjawab memantau keadaan semasa. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura
Lando Norris sekali lagi mencipta sensasi untuk mengancam kedudukan pendahulu F1 ketika ini, Max Verstappen, di kejuaraan Grand Prix Singapura.
F1: Max Verstappen terus bergelut di GP Singapura, mulakan saingan di tempat ke-11
Max Verstappen akan memulakan perlumbaan Grand Prix Singapura malam ini dari tempat ke-11.
F1: Rekod cemerlang Verstappen kini dalam bahaya
Di Itali dua minggu lalu, Verstappen menjadi pemandu pertama dalam sejarah 73 tahun sukan itu memenangi 10 perlumbaan berturut-turut.
KPM perlu rehatkan murid bukan peperiksaan
Ia memandangkan kluster pendidikan meningkat dengan begitu mendadak dalam tempoh dua hingga tiga minggu kebelakangan ini.
F1: Nico Rosberg menang Grand Prix Singapura
Pemandu Jerman itu mengatasi Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull dengan masa 0.4 saat untuk memenangi kejuaraan ketiga berturut-turutnya.