KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menaik taraf 384 institusi pendidikan di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan digital bagi dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan (COE) pada tahun ini.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata kerja menaik taraf di kesemua institusi terlibat termasuk Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah bagi usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital untuk memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
"Jadi sebab itu kita mengangkat dan mengambil inisiatif menambah baik pusat kegiatan guru ini di 384 (tempat) dalam usaha kita mempersiapkan pusat kecemerlangan ini.
"Maksudnya di sini pusat kegiatan guru dan pusat-pusat yang terkait rapat dengan teknologi ini akan dilengkapi dengan bahan digital dan menjadi pusat tumpuan untuk para guru meningkatkan kompetensi mereka dan anak-anak murid," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah 'Digital Utilisation and Technology' (DUTA) Peringkat Kebangsaan tahun 2023 dan melancarkan pameran MyDigitalMaker Fair (MDMF) 2024 di Pusat Sains Negara di sini semalam.
Turut hadir timbalannya Wong Kah Woh dan Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Syed Ibrahim Syed Noh.
Sementara itu, Fadhlina sekali lagi menegaskan KPM tidak akan berkompromi dengan sebarang isu terhadap salah guna kuasa melibatkan disiplin yang terkait dengan guru di sekolah.
Malah, menurutnya beliau telah mengeluarkan kenyataan yang cukup tegas berhubung perkara tersebut terutamanya jika ia membabitkan soal kebajikan murid.
"Kes ini telahpun kita serahkan kepada pihak berkuasa dan kita sedang menunggu laporan berkaitan untuk dibawa ke peringkat kementerian. Sebagaimana kenyataan kita, kita tidak kompromi dan kita memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan," katanya.
Beliau mengulas mengenai kes seorang pelajar sekolah rendah yang jatuh sakit selepas didenda berdiri di tengah panas selama hampir tiga jam.
Mengenai kedudukan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Datuk Dr Roslan Hussin berikutan kontroversi dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR baru-baru ini, Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR berkata Roslan masih lagi menjalankan tugasnya di pejabat seperti biasa.
"Setakat ini kita tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dengan pelantikan beliau itu. Jadi, saya minta beliau untuk fokus kepada JPNS, lakukan tugas biasa. Beliau masih lagi pengarah dan masih penjawat awam," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua pemimpin pembangkang mempersoalkan pelantikan seorang penjawat awam kanan dari Negeri Sembilan sebagai seorang daripada tiga ahli MPP PKR yang baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Fadhlina menyampaikan anugerah DUTA kepada sekolah yang berjaya memenangi anugerah pada program di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Wong (kanan) dan Syed Ibrahim (kiri). --fotoBERNAMA

Tiada arahan untuk dakwa pegawai kanan 1MDB - Rajagopal
Bekas Pegawai Penyiasat kes 1MDB R Rajagopal memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendakwa beberapa pegawai kanan syarikat itu.
Pelabur asing kekal pembeli bersih bon korporat Malaysia untuk bulan kelima
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yang memetik data ekonomi Riverbank Macro Insights, berkata selera pelabur bagi bon korporat juga kekal kukuh dengan terbitan utamanya mencatat kadar lebihan langganan sehingga tujuh kali.
Musk rugi AS$29 bilion semalaman susulan saham Tesla jatuh
Jutawan dan usahawan Amerika Syarikat, Elon Musk, yang memiliki Tesla dan SpaceX, mengalami kerugian 29 bilion dolar Amerika dalam tempoh semalaman selepas saham Tesla menjunam.
Moody's unjur prospek stabil terhadap sektor perbankan malaysia 2025
Moody’s berkata bank-bank kekal mempunyai modal yang kukuh, dengan jangkaan bahawa bank akan mengoptimumkan struktur modal dengan meningkatkan pembayaran dividen./p

Pegawai JKR terlibat kemalangan bas terbalik di Rembau selamat - Nanta
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan rasa dukacita dan berharap semua yang terlibat dipermudahkan urusan.
Kenanga IB: perubahan perdagangan, ai akan pacu sektor logistik pada 2025
Bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini berkata sektor tersebut juga bersedia mendapat manfaat daripada potensi lencongan perdagangan berikutan ketegangan AS-China.

25 mangsa sindiket penipuan kerja di Myanmar selamat tiba di Bukit Kayu Hitam
Seramai 25 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 hingga 5.0 peratus - SME Bank
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) menyatakan bahawa jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi Madani yang menekankan pertumbuhan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Perdagangan borong dan Runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa subsektor perdagangan runcit dan perdagangan borong menjadi pemacu utama pertumbuhan, manakala subsektor kenderaan bermotor mencatatkan penurunan.
Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Letupan bom di Sungai Golok: Pelbagai langkah diambil KPM pastikan keselamatan murid
KPM sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan untuk memastikan keselamatan murid terutamanya mereka yang melintas sempadan setiap hari.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

Rodziah pertimbang bertanding jawatan Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail sedang mempertimbangkan keperluan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR susulan melihat sayap itu lesu.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.