Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini telah membuat laporan polis berkenaan isu yang tular di media sosial berhubung ketidakpuasan hati seorang guru tentang proses pertukaran guru.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata pihaknya menyifatkan tuduhan yang ditularkan itu adalah amat berat melibatkan integriti pegawai-pegawai di KPM.
KPM berkata pihaknya berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan polis itu dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.
"Dalam masa yang sama, KPM juga telah menggerakkan satu siasatan dalaman berkenaan isu berkenaan," katanya.
Kementerian juga menasihatkan guru-guru yang ingin membuat permohonan pertukaran supaya berhubung dengan KPM dan bukannya pihak luar atau pihak ketiga bagi mengelakkan unsur-unsur penipuan dalam menyelesaikan sebarang isu berkaitan permohonan tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa proses kelulusan pertukaran seseorang guru adalah berdasarkan tiga kriteria utama iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan penjawatan serta keperluan opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon.
"Alasan permohonan yang diberi pertimbangan dalam menentukan kelulusan pertukaran adalah melibatkan sakit kronik, ancaman keselamatan, mengikut pasangan, tempoh perkhidmatan di sesebuah sekolah serta lain-lain alasan munasabah dan wajar guru berkenaan," katanya.
KPM juga memaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru dibuka sekali setahun menerusi modul atas talian e-GTukar bermula 18 Feb 2018 hingga 25 Mac 2018 dan keputusan kelulusan pertukaran telah dimuktamadkan oleh satu Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat kementerian.
Dalam tempoh tersebut, 25,332 orang guru membuat permohonan pertukaran dan jumlah yang diluluskan untuk sesi Jun 2018 adalah seramai 2,133 atau 8.42 peratus dengan 1,257 adalah guru sekolah rendah dan 876 orang selebihnya adalah guru sekolah menengah, katanya.
Alasan yang tertinggi yang diberi kelulusan adalah kes mengikut pasangan (951 orang), diikuti kes tempoh perkhidmatan (387 orang), lain-lain alasan munasabah (368 orang), kes sakit kronik (219 orang), kes permohonan bersama (168 orang) dan kes ancaman keselamatan (40 orang), kata KPM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 03 2018
KPM membuat laporan polis berkenaan isu yang tular di media sosial berhubung ketidakpuasan hati seorang guru tentang proses pertukaran guru. -Foto moe.gov.my
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
KPM buat laporan polis isu tular mengenai pertukaran guru
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata pihaknya menyifatkan tuduhan yang ditularkan itu adalah amat berat melibatkan integriti pegawai-pegawai di KPM.