BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses memuktamadkan dasar mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah dalam usaha mengekang masalah keciciran pelajar di negara ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keciciran pelajar tidak akan berlaku jika anak-anak diwajibkan belajar hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia apabila wujudnya dasar baharu itu.
Beliau juga memaklumkan negara berdepan masalah enrolmen di peringkat prasekolah dan sekolah menengah tetapi bukan bagi sekolah rendah.
"Enrolmen sekolah rendah kita tiada masalah, 99 peratus, kita mencapai sasaran sejagat sebab kita ada dasar pendidikan wajib untuk sekolah rendah,” katanya ketika menjadi tetamu program ‘Wanita Question Time’ malam Rabu yang turut menampilkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Fadhlina berkata, bagi menyelesaikan masalah enrolmen di peringkat prasekolah, KPM kini memperluas bilangannya dengan menambah 118 lagi prasekolah baharu tahun ini.
Beliau berkata, ia sebagai langkah intervensi awal bagi menghalang keciciran murid di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
"Saya sangat bahagia melihat prasekolah dua sesi, ini menunjukkan prasekolah kita mendapat sambutan jauh lebih baik... sebab itu, kita kena dukung pendidikan awal supaya prasekolah berada di sekolah rendah,” katanya.
Fadhlina juga berkata, dalam usaha kerajaan memastikan tiada keciciran murid termasuk golongan berkeperluan pendidikan khas, intervensi awal penting kerana ia membantu mengenal pasti keperluan mereka dari umur empat hingga enam tahun lagi.
Katanya, kualiti pendidikan di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain di Asia Tenggara kerana semua guru diwajibkan memiliki diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar di prasekolah. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Kementerian Pendidikan kini dalam proses memuktamadkan dasar mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah dalam usaha mengekang masalah keciciran pelajar di negara ini, kata Menterinya, Fadhlina Sidek. - Gambar BERNAMA
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
KPM bakal muktamadkan dasar wajib pendidikan sekolah menengah
Keciciran pelajar tidak akan berlaku jika anak-anak diwajibkan belajar hingga peringkat SPM apabila wujudnya dasar baharu itu.