KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan penambahbaikan pada peringkat rangka kerja (framework) pangkalan data dan pengaturcaraan beberapa aplikasi kementerian susulan gangguan capaian sistem mula dikesan pada 15 Jan lalu.
KPM, dalam kenyataan pada Jumaat, memaklumkan isu gangguan tersebut termasuk Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) dan Sistem Pengurusan Identiti (idME) yang merupakan Sistem Daftar Diri Tunggal bagi setiap pengguna aplikasi KPM.
"Langkah tindakan pemulihan interim pada pangkalan data serta sistem aplikasi terlibat telah diambil dan telah dapat mengatasi salah satu isu yang dikenal pasti iaitu konflik capaian di antara idMe dan modul aplikasi MOEIS namun begitu gangguan kepada sistem dikesan berlaku semula secara berulang," menurut KPM.
Menurut kementerian itu, gangguan capaian sistem itu adalah disebabkan capaian trafik yang amat tinggi daripada pengguna sistem iaitu para guru yang sedang melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara dalam talian.
KPM memaklumkan sehingga hari ini, prestasi capaian adalah semakin baik namun ia masih belum pulih sepenuhnya dan pemantauan prestasi capaian sistem serta tindakan pemulihan diteruskan secara rapat dan segera bagi memastikan isu gangguan dapat diatas secara menyeluruh.
Menurut kenyataan itu, para guru juga mempunyai tempoh sehingga 10 Mac depan untuk melaksanakan aktiviti perekodan dan pelaporan PBD sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kerja PBD Akhir Sesi Akademik 2022/2023.
"KPM memahami kesulitan yang dihadapi oleh para guru dan memohon maaf atas masalah tersebut serta akan memastikan supaya prestasi capaian aplikasi KPM adalah tahap cemerlang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) dan Sistem Pengurusan Identiti (idME) yang merupakan Sistem Daftar Diri Tunggal bagi setiap pengguna aplikasi KPM.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
KPM lancar Kit Duta Sahsiah bantu sekolah bangunkan pendidikan karakter pelajar
Kementerian Pendidikan melancarkan Kit Duta Sahsiah, satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan pendidikan karakter pelajar.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
KPM memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan, dan telah melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan MTL yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.
KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengikut tiga wilayah
Pengambilan guru baharu dipecahkan mengikut tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
883 sekolah di seluruh negara berisiko banjir - KP Pendidikan
Sebanyak 883 sekolah termasuk rendah dan menengah dikenal pasti berisiko dilanda banjir di seluruh negara.
Seminar AI Teknologi Pendidikan medan praktikal, hasilkan natijah positif - IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Seminar Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Teknologi Pendidikan pada 11 dan 12 November.
Projek 1BestariNet: KPM serah siasatan kepada SPRM
KPM juga sedia beri kerjasama kepada SPRM selain sedang dalam proses memuktamadkan cadangan penyelesaian sebelum dikemukakan kepada Kabinet.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat penglibatan murid dalam STEM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan intervensi di peringkat semua segmen bagi meningkatkan penglibatan murid dalam STEM.
Cikgu Din yang diuji masalah kesihatan isteri diberikan cuti - KPM
Kementerian Pendidikan melaksanakan tindakan segera bagi memberi bantuan terhadap Cikgu Din yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti tular di media sosial.