Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggalakkan pemaju atau pemilik bangunan menggunakan sistem penuaian air hujan di setiap bangunan baru dalam usaha menjimatkan penggunaan air.

Menurut menterinya Datuk Seri Chor Chee Heung, sistem itu bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kos bil air malah ia juga mampu mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan tertentu.

Laporan bersama wartawan Tan Su Lin.