Jambatan di atas benteng banjir atau 'flood gate' akan ditutup kepada orang awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata ini bagi memastikan keselamatan awam lebih terjamin.
Sehubungan itu pihaknya akan berbincang mengenai isu itu dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan sungai lebih terjamin kepada laluan orang awam.
Selain itu Zuraida menjelaskan pihak bomba harus mendapatkan satu laporan struktur sungai atau parit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum memulakan tugasan Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa lemas di kawasan sungai mahupun longkang.
Elemen ini akan dijadikan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam operasi dan menyelamat pihak bomba.
"Saya akan mengarahkan Ketua Pengarah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid, untuk pastikan satu daripada SOP sebelum anggota bomba turun untuk menyelamatkan atau kerja-kerja penyelamat di sistem perparitan harus dapatkan laporan daripada pihak PBT dahulu mengenai struktur longkang sebagai persediaan untuk lakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat," jelasnya di Hospital Serdang malam tadi.
Ini susulan kejadian yang mengorbankan nyawa enam anggota bomba yang lemas ketika lakukan operasi SAR bagi menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong.
BACA: Enam anggota bomba lemas ketika operasi SAR
BACA: Tragedi pertama kehilangan enam anggota serentak dalam insiden operasi
Astro Awani
Wed Oct 03 2018
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
KPKT arah benteng banjir ditutup kepada awam
Jambatan di atas benteng banjir akan ditutup bagi memastikan keselamatan awam lebih terjamin.