HONG KONG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka model baharu perumahan awam yang dinamakan Program Residensi Rakyat (PRR), kata menteri berkenaan Nga Kor Ming.
Beliau berkata PRR akan menjadi kawasan perumahan yang bersepadu, mampan, berbaloi untuk didiami, mempunyai daya maju komersial berkualiti, ruang hijau, pusat komuniti dan ciri-ciri lain.
Kos pembinaan setiap unit PRR katanya akan dinaikkan kepada RM300,000 sekali gus menawarkan golongan berpendapatan rendah rumah berkualiti dengan bayaran harga berperingkat (piecemeal price).
"Di bawah PRR baharu, kos RM300,000 seunit akan dijual pada harga RM60,000. Daripada RM60,000 itu, kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 akan diperuntukkan untuk dana penyelenggaraan dan dana terikat.
"Akan ada juga moratorium iaitu dalam masa 10 tahun, anda tidak boleh menjual unit PRR, kerana kita tidak mahu pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas perumahan sosial, kerana ini ialah keistimewaan untuk diberikan subsidi yang besar," katanya kepada Bernama dan The Edge pada Lawatan Sambil Belajar Pemimpin Hartanah Asia (AREL) Hong Kong dan Shenzhen Edisi China.
Lawatan itu dianjurkan oleh Institut Rehda, yang merupakan pusat penyelidikan dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia, disertai lebih 50 delegasi melibatkan lawatan ke pelbagai tapak unik merangkumi pembangunan semula bandar, dasar perumahan awam dan undang-undang strata.
Kumpulan delegasi terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk arkitek, juruukur, penilai, penyelidik, pemaju, perancang bandar, peguam, pihak bank dan kerajaan.
Saiz minimum untuk PRR itu menurut Nga ialah 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.
Mengulas lanjut, beliau berkata KPKT juga akan memberi penekanan kepada kesalinghubungan menerusi pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang dijangka mengurangkan jumlah kenderaan dan tempat letak kereta.
Kemudahan itu katanya akan disepadukan dengan bangunan berkonsep hijau yang mengurangkan 30 peratus kos tenaga berbanding bangunan berciri standard.
"Kami berharap untuk mendapatkan bajet tambahan. Berbanding HDB (Lembaga Perumahan dan Pembangunan) Singapura yang mempunyai bajet tahunan 30 bilion dolar Singapura, PPR (Program Perumahan Rakyat) Malaysia hanya mendapat RM550 juta, iaitu jumlah yang terlalu kecil," katanya.
Sementara itu, Nga turut menyeru pemaju terutama ahli aktif Rehda dan institusi kewangan untuk membantu kerajaan dalam membangunkan bangunan-bangunan lama di negara ini terutama yang dikategorikan sebagai tidak selamat.
Beliau berkata penanda aras standard kejuruteraan yang biasa untuk jangka hayat sesebuah bangunan adalah secara purata 70 tahun.
Bagaimanapun menurut Nga keadaan masih mencabar kerana ketika ini ambang persetujuan yang dinyatakan akta sedia ada memerlukan persetujuan 100 peratus.
"Oleh itu KPKT mencadangkan nilai ambang persetujuan antara 75 peratus hingga 80 peratus, bergantung kepada umur bangunan dan bergantung kepada perbincangan lanjut," katanya sambil menambah cadangan itu turut meliputi projek terbengkalai dengan nilai ambang persetujuan 51 peratus.
Selain itu Nga menegaskan bahawa walaupun banyak peluang akan diberikan kepada pemaju hartanah untuk meneroka usaha pembangunan semula bandar, pemilik hartanah sedia ada tetap akan diberikan pampasan yang adil tertakluk kepada penilaian.
Selain itu katanya penubuhan pihak berkuasa pembaharuan bandar dan tribunal tanah juga dalam perancangan untuk diletakkan di bawah KPKT.
"Ini akan menjadi undang-undang yang adil dan seimbang dalam kita menggalakkan pembangunan, kita juga akan melindungi pemilik rumah.
"Ini kerajaan Madani, kita akan pastikan penyelesaian yang adil untuk kedua-dua pihak (pemilik dan pemaju)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Nga berkata PRR akan menjadi kawasan perumahan yang bersepadu, mampan, berbaloi untuk didiami, mempunyai daya maju komersial berkualiti, ruang hijau, pusat komuniti dan ciri-ciri lain. - Gambar fail/Bernama

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

KPKT sentiasa terbuka terima cadangan permohonan pelaksanan PRR baharu
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima cadangan permohonan pelaksanaan Program Residensi Rakyat (PRR) baharu daripada kerajaan negeri mahupun swasta.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Papan tanda 'Tidak Pada Dadah' dicadang antara syarat konsert permit konsert
Polis Selangor mencadangkan papan tanda atau plakad 'Tidak Pada Dadah' diletakkan pada laluan masuk ke tempat konsert sebagai syarat permit permohonan penganjuran konsert di negeri berkenaan.

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.

Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.

JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.