ALOR SETAR: Masalah lambakan sayuran yang dilaporkan berlaku di Tanah Tinggi Lojing sehingga menjejaskan kira-kira 500 pekebun akan diteliti oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha melaksanakan langkah penyelesaian berkesan.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut berperanan memberikan khidmat nasihat bagi memastikan bekalan sayuran stabil, sekali gus memanfaatkan pekebun tempatan.
"FAMA sekarang ini telah pun membeli sayuran pada harga yang lebih mahal daripada harga pasaran kerana mahu membantu pekebun, namun langkah tersebut tidak membantu dalam jangka masa panjang.
"Kementerian akan pastikan penyelarasan dibuat bagi seimbangkan bekalan sayuran tempatan dengan sayuran import," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Kedah di sini malam tadi.
Mohamad mengulas laporan media tempatan baru-baru ini mengenai pekebun di Tanah Tinggi Lojing terpaksa membuang ribuan tan sayur yang tidak terjual, berikutan didakwa terdapat lambakan bekalan sayur import dari luar negara.
Laporan itu mendakwa masalah itu berlaku apabila pengeluaran sayur tempatan kini meningkat selepas berakhir musim tengkujuh namun bekalan import didakwa masih dibawa masuk ke negara ini.
Mohamad berkata penanaman sayuran tertentu oleh banyak pekebun pada satu-satu musim mengikut harga pasaran juga menjadi antara faktor wujud lambakan itu.
"Kadangkala apabila misalnya (harga) timun mahal, banyak yang akan menanam timun, bila dapat hasil nanti, masa itu berlaku lambakan di pihak pekebun. Pihak FAMA ada juga membantu iaitu membeli dengan harga tinggi tetapi FAMA tidaklah dapat menampung semua," katanya.
Beliau berkata pangkalan data juga sedang dikemas kini bagi membolehkan bantuan dan khidmat nasihat bersesuaian disalurkan kepada pekebun dalam usaha mengatasi masalah lambakan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023
KPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing. - Foto BERNAMA
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
Pembinaan 20 unit pam tambahan di Kelantan dijangka siap Ogos 2025 - Mohamad
Pembinaan 20 unit pam tambahan bernilai RM20 juta yang diumumkan Perdana Menteri dijangka siap dan mula beroperasi pada Ogos 2025.
Hasil padi KADA, MADA merosot ekoran kemarau dan banjir - Mat Sabu
Hasil pengeluaran padi KADA dan MADA merosot lima peratus dalam tempoh setahun berikutan musim kemarau dan banjir.
Kerajaan teroka potensi jelapang padi di Sabah, Sarawak
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneroka kawasan-kawasan berpotensi di Sabah dan Sarawak untuk dibangunkan sebagai jelapang padi negara.
Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu
Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.