MELAKA: Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memperoleh petunjuk prestasi utama (KPI) kurang daripada 50 peratus bagi tempoh tiga bulan berturut-turut atau sebanyak tiga kali dalam tempoh enam bulan perkhidmatan akan diambil tindakan penahanan elaun bulanan dan dicadangkan untuk ditamatkan perkhidmatannya.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata penetapan KPI berkenaan adalah berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Bulanan (LPNB) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Melaka bagi memastikan setiap ahli majlis yang dilantik dapat memainkan peranan mereka sewajarnya.
"KPI ini sebahagian penambahbaikan penilaian ahli majlis yang dilakukan pada tahun ini bertujuan bagi memperkasakan perkhidmatan mereka berdasarkan aktiviti harian seperti kehadiran mesyuarat, penganjuran program kebersihan dan aktiviti gotong-royong di kawasan PBT.
"Ahli majlis perlu bersikap lebih peka dan proaktif dalam melaksana dasar-dasar yang telah diputuskan, boleh berfikir menjangkaui biasa serta sentiasa melihat masalah sebagai peluang.
"Ini kerana kita mahu pelanggan merasa seronok berurusan dengan kerajaan, berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, serta menyanjung tinggi sikap responsif dan keprihatinan yang kita amalkan," katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua, Ahli Majlis dan Ahli Majlis Turut Hadir PBT Negeri Melaka Tahun 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata semua ahli majlis disaran untuk turun padang melihat keadaan sebenar serta memahami keperluan penduduk di kawasan masing-masing bagi memastikan perancangan pembangunan yang telah dirancang dapat dilaksanakan secara efektif serta pemprosesan kelulusan pelan pembangunan dibuat dengan cepat dan tepat demi kepentingan masyarakat tempatan.
Katanya selain itu, ahli majlis perlu berperanan sebagai penasihat kepada PBT mengikut profesion atau kepakaran masing-masing dan perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kefahaman berkaitan tugasan daripada aspek perundangan supaya keputusan yang dibuat mempunyai asas yang kukuh dan tidak bercanggah dengan dasar kerajaan.
Sulaiman berkata ahli majlis PBT juga perlu meneruskan usaha dan melaksanakan kempen kebersihan di kawasan masing-masing bagi memastikan Melaka sentiasa menjadi negeri terbersih dan berupaya menggamit lebih ramai pelancong.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri telah menerima peruntukan berjumlah RM22.8 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membiayai sebanyak 298 projek pembangunan melibatkan empat PBT di negeri itu, sepanjang tahun lepas.
"Antara projek berkenaan ialah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM), Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan Projek Landskap Persekitaran Kehidupan.
"Selain itu, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM250,000 kepada empat PBT di negeri itu dan Jabatan Perhutanan bagi melaksanakan program penanaman semula pokok selari dalam usaha menjaga alam sekitar dengan visi 'Menuju Negeri Lestari'," katanya.
Beliau berkata beberapa tindakan juga perlu dilakukan PBT di negeri itu termasuk meningkatkan kerja-kerja keindahan dan keceriaan di kawasan tumpuan bagi menjadikan Melaka sebagai negeri cantik 1,000 bunga dan memastikan kerja-kerja pembersihan sampah-sampah longgok atau sampah haram serta pemeriksaan dan penggredan tandas awam dilaksanakan.
Katanya, projek pembangunan infrastruktur dan utiliti serta menaik taraf kemudahan awam seperti padang, dewan, pasar, gerai serta sistem pencahayaan perlu diteruskan untuk memberi manfaat kepada rakyat selain melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di kompleks sukan dan kemudahan rekreasi secara berkala.
Terdahulu pada majlis tersebut, empat ketua PBT di Melaka mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing di hadapan Sulaiman.
Upacara angkat sumpah itu didahului Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Datuk Zainal Abu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Mohd Fadhil Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin Datin Sapiah Haron dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Datuk Shadan Othman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022

Sulaiman berkata ahli majlis PBT juga perlu meneruskan usaha dan melaksanakan kempen kebersihan di kawasan masing-masing bagi memastikan Melaka sentiasa menjadi negeri terbersih dan berupaya menggamit lebih ramai pelancong. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

KPI kurang 50 peratus, elaun ahli majlis PBT ditahan, perkhidmatan ditamatkan
Ahli majlis pihak berkuasa tempatan yang memperoleh petunjuk prestasi utama kurang daripada 50 peratus bagi tempoh tiga bulan berturut-turut atau sebanyak tiga kali dalam tempoh enam bulan perkhidmata