Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas 824 unit pakaian, selipar dan pelbagai aksesori berjenama terkenal bernilai RM23,458 di sebuah kompleks beli-belah di bandar raya Ipoh, semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Shamsul Nizam Khalil menerusi kenyataan hari ini berkata dalam operasi 12 tengah hari itu, sepasukan 12 anggota dan pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri bersama wakil cap dagang telah menjalankan pemeriksaan ke atas dua premis perniagaan di kompleks berkenaan.
Katanya hasil risikan selama seminggu yang dijalankan bersama wakil cap dagang itu mendapati premis tersebut menjual pakaian serta aksesori lelaki dan wanita selain mempunyai cawangan di kompleks beli-belah sama.
"Ketika siasatan awal, kami bertemu dengan seorang lelaki berumur 39 tahun yang mengaku sebagai pekerja premis berkenaan dan mendapati ia telah beroperasi kira-kira dua tahun setelah bergiat aktif di tapak pasar malam dan ekspo di sekitar negeri ini," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.
Shamsul Nizam berkata pihaknya memandang serius terhadap tindakan peniaga yang menggunakan perihal dagangan palsu ke atas barangan berjenama dan ia melanggar undang-undang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
"Peniaga perlu tahu kesalahan yang melibatkan suatu perihal dagangan termasuklah suatu petunjuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan apa-apa cara berkenaan barangan atau cap dagangan yang berdaftar bawah Akta Cap Dagang 1976.
"Pengguna juga dinasihatkan tidak menyokong penjualan barangan tiruan dan perlu membuat aduan kepada KPDNKK sekiranya terdapat premis perniagaan yang membekalkan atau menjual barangan perihal dagangan palsu yang berhubung dengan cap dagangan berdaftar," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 16 kes dengan nilai rampasan bernilai RM992,340 melibatkan isu perihal dagangan palsu atau barangan tiruan telah diselesaikan sepanjang Januari tahun lepas hingga semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 29 2018

Peniaga perlu tahu kesalahan yang melibatkan suatu perihal dagangan, termasuklah suatu petunjuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, berkenaan barangan atau cap dagangan yang berdaftar bawah Akta Cap Dagang 1976. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Hukuman berat menanti penjual 'ghost smoke' - Saifuddin
Mana-mana penjual boleh dikenakan denda sehingga mencecah ratusan ribu ringgit atau hukuman penjara jika didapati melanggar Akta Perihal Dagangan 2011.

KPDNHEP Kelantan rampas 40 unit gula-gula 'Ghost Smoke'
Hasil pemeriksaan menemui lebih kurang 40 unit 'Ghost Smoke Cool Fruit Powder' yang dijual berhampiran sebuah sekolah di bandar Kota Bharu.

KPDNHEP Selangor sita barang tiruan jenama mewah bernilai RM10 ribu
Hasil serbuan mendapati terdapat penjualan pelbagai jenis pakaian dan beg berjenama Puma, Burberry, Michael Kors dan Tommy Hilfiger.

KPDNKK Perak rampas barangan tiruan bernilai lebih RM20,000
Sepasukan 12 anggota dan pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri bersama wakil cap dagang telah menjalankan pemeriksaan ke atas dua premis perniagaan di kompleks berkenaan.

KPDNKK akan pinda dua akta - Hamzah
KPDNKK akan meminda beberapa peraturan dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2014 dan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 pada persidangan Parlimen akan datang.