Seramai 19 peniaga durian di Negeri Sembilan dikenakan kompaun berjumlah RM5,200 kerana didapati menipu orang ramai dengan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah.
Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan sempena 'Op Duri' yang diadakan di sekitar negeri itu bermula Isnin lalu.
KPDNKK, dalam kenyataan di sini Khamis malam, berkata kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972, kerana kesalahan mengguna atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.
Operasi yang dijalankan terhadap 46 premis peniagaan durian di sekitar Mantin, Senawang, Jalan Pantai-Jelebu dan Kuala Klawang itu turut disertai pegawai daripada Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd (MCM).
MCM merupakan syarikat yang memberi perkhidmatan tentusahan dan tentusahan semula semua alat yang digunakan untuk menimbang dan menyukat.
BACA: Guna alat penimbang durian tidak sah, lima peniaga disiasat
"Op Duri ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada rakyat tentang pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perdagangan dan tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan dalam urus niaga yang melibatkan timbangan.
"Bagaimanapun, tiada sitaan barangan dibuat. Op Duri ini akan diteruskan sehingga berakhirnya musim durian di negeri ini," menurut kenyataan itu.
Pengguna yang mendapati terdapat peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan boleh menyalurkan aduan di talian 03-8000 8000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 03-8882 6088/6245,
Aplikasi telefon pintar Ez ADU, emel e-aduan@kpdnkk.gov.my, SMS "KPDNKK ADUAN" ke 15888 atau hadir di mana-mana pejabat KPDNKK di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2018
![KPDNKK kompaun 19 peniaga durian di Negeri Sembilan KPDNKK kompaun 19 peniaga durian di Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81470929564_DurianGeneric.jpg)
KPDNKK akan meneruskan Op Duri di Negeri Sembilan sehingga berakhirnya musim durian di negeri itu. - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Lebih 19,000 premis perniagaan diperiksa menerusi Ops Pantau - Armizan Lebih 19,000 premis perniagaan diperiksa menerusi Ops Pantau - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711206381_TBPASARBORONG.jpg)
Lebih 19,000 premis perniagaan diperiksa menerusi Ops Pantau - Armizan
Daripada jumlah itu 81 kes dikesan menerusi 566 laporan diterima melibatkan pelbagai kategori aduan.
![Peniaga runcit dan pasar raya perlu beralih ke alat timbang digital dalam tempoh setahun - Salahuddin Peniaga runcit dan pasar raya perlu beralih ke alat timbang digital dalam tempoh setahun - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684659232_TBSalahuddinAyub.jpg)
Peniaga runcit dan pasar raya perlu beralih ke alat timbang digital dalam tempoh setahun - Salahuddin
Salahuddin menjelaskan, sudah tiba masanya industri perniagaan runcit dan pasar raya menggunakan alat timbang digital.
![Skim Kawalan Harga: 31 peniaga tidak patuh dikompaun di Perak Skim Kawalan Harga: 31 peniaga tidak patuh dikompaun di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621573489_KPDNHEPSaifullizanK.jpg)
Skim Kawalan Harga: 31 peniaga tidak patuh dikompaun di Perak
Saifullizan berkata, 11 peniaga dikesan melakukan kesalahan tiada tanda harga khas merah jambu terhadap barangan yang dijual.
![12 peniaga durian di Perak dikompaun kerana tipu alat timbang 12 peniaga durian di Perak dikompaun kerana tipu alat timbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591837511_PENIAGADURIAN.jpg)
12 peniaga durian di Perak dikompaun kerana tipu alat timbang
Seramai 12 peniaga durian di sekitar Perak dikompaun RM100 setiap seorang kerana menipu dengan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah.
![KPDNKK kompaun 19 peniaga durian di Negeri Sembilan KPDNKK kompaun 19 peniaga durian di Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81470929564_DurianGeneric.jpg)
KPDNKK kompaun 19 peniaga durian di Negeri Sembilan
Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan sempena 'Op Duri' yang diadakan di sekitar negeri itu bermula Isnin lalu.