MARANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas 16,380 liter diesel dan menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak bersubsidi dalam satu operasi di sini, malam tadi.
Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, dalam serbuan di stesen minyak di Wakaf Tapai pada 9.30 malam itu, pihaknya turut merampas sebuah lori tangki dengan nilai keseluruhan rampasan (termasuk diesel) berjumlah RM83,217.
"Ketika serbuan, seorang pemandu lori sedang leka mengisi minyak ke dalam tangki simpanan lori dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sambungan paip diubah suai dipercayai untuk menyalurkan minyak diesel dari tangki asal ke ruang simpanan lori.
"Pegawai risikan telah mengekori pergerakan lori tangki tersebut dari beberapa stesen minyak sebelum serbuan dilakukan dan modus operandi kegiatan ini adalah dengan membeli minyak diesel di beberapa buah stesen minyak sehingga penuh tangki simpanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kegiatan pemindahan minyak diesel dari pam stesen minyak ke ruang simpanan lori tangki tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia adalah salah di sisi undang-undang.
Saharuddin berkata justeru, pemandu lori tangki berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Katanya jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sebanyak RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala hukuman ke atas syarikat adalah denda tidak melebihi RM2 juta.
Beliau berkata siasatan turut dijalankan terhadap pemilik stesen-stesen minyak yang dipercayai terlibat untuk mengetahui sama ada mereka turut bersubahat dengan kegiatan itu.
"Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti rantaian pengedaran minyak diesel bersubsidi tersebut," katanya.
Dalam pada itu katanya sebarang aduan boleh dibuat di portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, talian Hotline KPDNHEP 1800-886-800, e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi Telefon Pintar EzADU, Whatsapp ke 019-2794317 atau di laman Facebook dan Twitter KPDNHEP Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Terdapat sambungan paip diubah suai, dipercayai untuk menyalurkan minyak diesel dari tangki asal ke ruang simpanan lori. - Gambar hiasan
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Bekalan telur terhad bagi gred tertentu sahaja - KPDNHEP Terengganu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menafikan laporan mendakwa bekalan telur di negeri itu telah kehabisan.
KPDNHEP Terengganu rekod 668 kes pelbagai kesalahan sepanjang 2021
Semua kesalahan berkenaan melibatkan nilai rampasan barangan sebanyak RM1.27 juta dan kompaun bernilai RM189,750.
KPDNHEP Terengganu keluar 47 notis kepada peniaga ayam
Harga makanan yang semakin meningkat juga menyebabkan pengeluar terpaksa menanggung kos yang tinggi.