KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menafikan laporan mendakwa bekalan telur di negeri itu telah kehabisan.
Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata bagaimanapun pihaknya mengakui bekalan telur bagi gred tertentu adalah terhad berikutan jumlah stok yang dibekalkan pengeluar kepada pemborong dan pihak pasar raya buat masa ini berkurangan kira-kira 50 peratus daripada kebiasaan.
"Bekalan telur di Terengganu ini bukanlah habis langsung seperti didakwa. Bekalan telur ada tetapi gred-gred tertentu agak terhad. Ada pengguna menumpukan untuk membeli satu-satu gred telur dan telur papan sahaja namun telur yang dijual 10 biji untuk sepeket itu masih ada di kedai-kedai dan pasar raya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan hari ini mengenai masalah bekalan telur di Terengganu.
Saharuddin berkata kekurangan stok telur bagi gred tertentu buat masa ini merupakan isu nasional yang saling berkait dengan beberapa faktor termasuk peningkatan harga makanan ternakan dan cuaca serta ia dihadapi oleh kebanyakan negeri bukan sahaja Terengganu.
Dalam pada itu, beliau berkata kekurangan stok bekalan telur turut dipengaruhi peningkatan permintaan ke atas bahan makanan itu berikutan musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.
"Bagi membantu mengatasi masalah ini, ada pasar raya yang melakukan kawalan kendiri dan mengehadkan jumlah pembelian. Contohnya, setiap pembeli hanya dibenarkan mengambil dua papan telur sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menafikan laporan mendakwa bekalan telur di negeri itu telah kehabisan. - Gambar fail/BERNAMA
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Muhyiddin Yassin mula ternak ayam...
Tan Sri Muhyiddin mula ternak ayam penelur sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah bekalan telur di pasaran.
DUN Perak: Bekalan daging, telur di Perak stabil - Exco
Pengeluaran bekalan daging serta telur ayam dan itik di Perak berada pada tahap stabil dan melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh lima tahun.
Bekalan telur lebihi permintaan, Fama akan buka lebih 1,300 pasar tani - Zahid
Bekalan telur dalam negara ketika ini telah berada pada tahap melebihi daripada permintaan.
Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS
DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia.
Senarai 30 barang kawalan sempena Aidilfitri diumum 13 April - Salahuddin
Salahuddin berkata senarai barangan itu turut termasuk bahan utama dalam pembuatan kuih raya.
Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.
Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.
Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.
Kerajaan akan kaji subsidi ayam, telur Jun ini - Mohamad Sabu
Setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi telah diperuntuk kepada penternak dan pengeluar terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.