ALOR GAJAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat dakwaan berlakunya gangguan bekalan ayam hingga timbul kenaikan harga di Terengganu dan Kelantan.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata setakat ini siasatan ke atas pembekal dan pemborong sedang dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaaan itu.
"Walaupun kekurangan bekalan dikatakan berlaku di beberapa lokasi dan bukan menyeluruh, kita tetap akan siasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti ada berlaku kenaikkan harga,'' katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2021 di sebuah pasar raya di Masjid Tanah di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata harga ayam sekarang adalah stabil walaupun sedikit berbeza mengikut kawasan namun harga siling bagi ayam standard yang telah ditetapkan ialah RM9.50 sekilogram.
Terdahulu katanya pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali selama tujuh hari bermula Isnin lepas berjalan lancar dan tiada aduan berkaitan 11 barangan bagi SHMMP Deepavali dijual melebihi harga maksimum dilaporkan.
Rosol berkata barangan berkenaan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, B dan C, cili merah, tomato, kelapa biji dan kelapa parut.
"Setakat ini kita berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan dari semua peringkat rantaian bermula peniaga, pemborong dan pembekal," katanya.
Sementara itu, beliau berkata KPDNHEP telah memeriksa sebanyak 3,843 premis perniagaan melibatkan pelbagai rantaian sejak 1 Nov hingga hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
![KPDNHEP siasat kenaikan harga ayam di Kelantan, Terengganu KPDNHEP siasat kenaikan harga ayam di Kelantan, Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635954022_TimbalanMenteriPer.jpg)
Rosol berkata setakat ini siasatan ke atas pembekal dan pemborong sedang dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaaan itu. - Gambar/ Bernama
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589856548_Hargaayam.jpg)
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.