JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat dakwaan pengguna bahawa terdapat peniaga ayam yang menjual ayam sehingga RM13 sekilogram melebihi harga kawalan yang ditetapkan kerajaan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga berkenaan dikatakan menjual ayam dengan harga tersebut secara terang-terangan sedangkan perbuatan itu melanggar peraturan.
"Setakat ini sudah beritahu penguatkuasa supaya memantau sebab kita ada laporan mereka yang buat (jual ayam melebihi harga ditetapkan) bukan secara tersorok tetapi sudah berani ambil gambar dan jual RM12 atau RM13 sekilogram.
"Ini melanggar harga kawalan kita iaitu RM8.90 sahaja. Kita akan tengok mengapa perkara ini berlaku. Ada yang kata peniaga dapat dengan harga yang mahal, macam mana nak jual dengan harga tersebut (harga yang diperoleh daripada pembekal). Itu alasan yang diberi.
"Jadi kita akan siasat sebab kita dah tentukan harga dari ladang RM5.60 dan kerajaan beri subsidi kepada ladang ayam RM1.40 sekilogram.
"Jadi harga ayam dari ladang mesti jual kepada pemborong RM5.60 sekilogram, campur subdisi kerajaan RM1.40 itu jumlahnya RM7. Jadi sepatutnya, tidak ada alasan untuk jual mahal," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri Johor di Angsana Mall Johor Bahru di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azman Mohd Yusof; Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han dan Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro.
Beliau berkata, setakat ini pihak KPDNHEP sudah mengenakan kompaun RM270,000 terhadap peniaga ayam yang ingkar dengan melibatkan 1,114 kes di seluruh negara dari 5 Februari lalu hingga Jumaat.
Selain itu, beliau berharap ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing akan menganjurkan jualan Keluarga Malaysia dengan harga yang rendah bagi membantu rakyat.
Rosol mencadangkan pengguna supaya memuat turun aplikasi Price Catcher yang disediakan KPDNHEP bukan sahaja untuk melihat harga ayam tetapi juga membandingkan harga barang keperluan harian lain sebelum membuat pembelian.
Menurutnya, masih ramai pengguna tidak mengetahui kewujudan aplikasi berkenaan yang amat berguna untuk melihat harga barang keperluan harian di kawasan mereka terutama di pasar raya berdekatan.
Mengenai bekalan ayam di seluruh negara, beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan kepada pihaknya bahawa bekalan ayam setakat ini sehingga Hari Raya Aidiladha adalah mencukupi.
"MAFI urus semua sekali dan kita cuma pastikan bekalan ada atau tidak ada. Setakat tiada isu berkenaan bekalan ayam," katanya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 11 2022
Rosol (tengah) bersama penerima sijil selepas melancarkan Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri Johor di Angsana Mall Johor Bahru, Johor Bahru pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Belanjawan 2025: Kesejahteraan perumahan mampu diberi perhatian, ini anda perlu tahu
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara
Menurut PM isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan dan kerajaan kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 junjung hak rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan Belanjawan 2025 fokus kepada rakyat.
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
TVET_ HRDCorp, Khazanah, GiatMARA, PERKESO turut dipertingkat
Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
KDN, MINDEF masing-masing terima RM19.5 bilion dan RM21.2 bilion
Kata PM, maruah dan kedaulatan negara perlu terus terpelihara daripada sebarang ancaman. Keharmonian dikecapi selama ini tidak boleh diganggu-gugat.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.